33. "Untuk" dan "Bagi"

Tanya : SAYA berkemusykilan tentang penggunaan "untuk" dan "bagi" dalam sesuatu ayat. Sahabat saya mengatakan kepada saya bahawa "untuk" dan "bagi" mempunyai perbezaan dari segi kegunaannya. Tetapi, sahabat saya itu tidak dapat memberikan alasan. Benarkah pendapat sahabat saya itu? Jikalau benar, saya harap puan dapat memberikan penjelasan.

Jawab : Memang benar "untuk" dan "bagi" mempunyai makna yang sama dan perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Penutur jati bahasa Melayu pada umumnya tidak mempunyai masalah bila mahu menggunakan "untuk" dan bila pula mahu menggunakan "bagi". Hal ini terletak pada apa yang disebut intuisi ataupun "rasa bahasa" seseorang itu.

Dalam contoh ayat yang berikut, "untuk" dan "bagi" dapat saling bertukar ganti.

1.Rumah yang kecil ini cukup sesuai bagi/untukku.
2.Wang sebanyak itu tidak habis untuk/bagi perbelanjaan kami sebulan.

Sebaliknya, dalam contoh-contoh seperti yang berikut, "bagi" lebih lazim digunakan daripada "untuk".

1. Kaulah segala-galanya bagi ibu.
2. Masalah bekalan air tidaklah semudah itu bagi mereka yang menanggungnya.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1