36. Antara "Merasa" dan "Berasa"

Tanya : Saya ingin tahu akan perbezaan di antara perkataan merasa dan berasa dan cara penggunaannya dalam ayat. Harap dapat puan berikan contoh yang jelas. Terima kasih.

Jawab : Jika saudara merujuk kepada Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1988), saudara akan mendapati hal ini diterangkan dengan jelas seperti yang berikut:

berasa 1. mempunyai atau beroleh rasa (terutama yang dialami oleh
badan). Contoh: kedua-dua tangannya berasa lenguh.

2.ada rasanya (manis, masin dan lain-lain). Contoh: rendang daging itu masih berasa enak walaupun sudah disimpan beberapa hari.

merasa mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat.

Saya ingin menasihati saudara supaya rajin-rajinlah merujuk kepada kamus apabila menghadapi masalah yang seumpama ini.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1