|
31. Imbuhan "memper-" dan Apitan "memper- ... -kan" |
Tanya : Di sini saya ingin mengemukakan beberapa kemusykilan tentang imbuhan dan apitan. Saya ingin meminta tuan menjelaskan kedudukan imbuhan dan apitan "memper-" dan "memper- ... -kan" dalam ayat-ayat contoh yang berikut, sama ada betul atau salah, beserta alasannya sekali. i. (a) Pihak JKR telah memperlebar jalan. Jawab : Imbuhan memper- dan memper- ... -kan ini memang sulit difahami kerana terdapat pendapat yang berbagai-bagai mengenainya. Malah, dalam beberapa hal, aspek ini dapat dikatakan sebagai belum mantap betul. Walau bagaimanapun, ada dua prinsip yang lebih mudah difahami dan dapat dijadikan pegangan: i. a. Gunakan memper- sahaja apabila kata dasarnya kata sifat, dan kata terbitannya dengan memper- membawa maksud "menjadikan sesuatu lebih ..." seperti memperlebar (menjadikan sesuatu lebih lebar), memperhangat (menjadikan sesuatu lebih hangat). b. Gunakan memper- sahaja apabila kata dasarnya kata nama, dan kata terbitannya dengan memper- membawa maksud "menjadikan sesuatu sebagai ..." atau "mengambil sesuatu menjadi ..." seperti memperhamba (menjadikan seseorang menjadi hamba) memperkuda (memperlakukan seseorang seperti kuda) memperisteri (mengambil seseorang menjadi isteri). Memper + Kata Sifat ? (menjadikan sesuatu lebih
...) ii. Gunakan memper-...-kan apabila kita cenderung untuk menggabungkan awalan meN- dengan kata kerja yang mempunyai imbuhan ber-, di-, atau ter-, walaupun kata dasarnya itu kata sifat, kata nama, atau kata kerja seperti: a. memperlihatkan, memperdengarkan, mempertontonkan yang
membawa maksud "menyebarkan sesuatu agar dapat dilihat,
didengar, ditonton"; Untuk memudahkan prinsip ini difahami, rumus yang diberikan di bawah ini mungkindapat membantu iaitu: BeR- |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||