29. Ayat Gramatis

Tanya : SAYA ingin mengemukakan beberapa soalan tentang ayat gramatis.

i. Antara ayat "Tolong berikan surat ini kepada Azahari" dengan "Tolong berikan Azahari surat ini", yang mana satukah ayat yang gramatis? Apakah perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut.

ii. Adakah sendi nama "ke" harus digunakan dalam ayat berikut: "Kita pergi ke Tampin." Bukankah ayat "Kita pergi Tampin" sudah cukup untuk menyatakan mesej yang ingin disampaikan?

Semoga puan dapat memberikan penerangan yang jelas terhadap masalah saya.
Sekian, terima kasih.

Jawab : i. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat itu bertatabahasa, tetapi dari segi makna hanya ayat, "Tolong berikan surat ini kepada Azahari" yang benar. Akhiran -kan dalam ayat di atas menyebabkan objeknya, surat, menjadi sebagai "benda" atau "alat" yang diberikan, dan Azahari bertugas sebagai "penerima". Jika Azahari diletakkan selepas kata kerja berikan seperti dalam ayat yang kedua itu, maka secara logiknya, Azahari akan menjadi sebagai "benda" atau "alat" yang diberikan. Memang benar, kadang-kadang akhiran -kan menyebabkan objeknya menjadi "pemanfaat" seperti yang terdapat dalam ayat yang berikut:

Ali membelikan adiknya baju.
Aminah memasakkan ayahnya nasi.

Cara yang mudah untuk mengenal unsur "manfaat" dalam ayat itu ialah apabila kata baju dan nasi dijadikan objek langsung, kata untuk pasti akan wujud seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

Ali membeli baju untuk adiknya.
Aminah memasak nasi untuk ayahnya.
Dengan kata beri atau berikan, kata untuk tidak akan muncul. Oleh sebab itu, tidakwajar kita menghuraikan perilaku kata beri dengan beranalogikan beli, masak, dan sebagainya.

ii. Kata sendi ke memang patut digunakan apabila hendak menunjukkan maksud tempat seperti yang terdapat dalam ayat yang diberikan itu:

Kita pergi ke Tampin.

Kata sendi ke tidak perlu digunakan jika yang kita maksudkan itu bukan tempat, seperti: Mari ke pergi mengail.
Selepas bermain, mereka pergi mandi.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1