28. Pengiraan Perkataan dalam Karangan

SAYA ingin memastikan cara mengira perkataan dalam kertas peperiksaan karangan. Ada yang mengatakan bahawa "di" dan "ke" dikira sebagai satu perkataan yang mengikutinya. Ada pula yang mengatakan bahawa "di" dan :ke" dikira sebagai satu perkataan. Misalnya, di rumah dan ke sekolah adakah dikira sebagai satu perkataan ataupun dua?

Harap dapat cikgu memberikan jawapan yang tepat. Terima kasih.

Jawab : Dalam contoh yang saudara berikan, "di" dan "ke" adalah kata depan dan dijarakkan daripada kata yang mengikutinya. Oleh itu "di" dikira sebagai satu perkataan dan "di rumah" sebagai dua perkataan. Demikian juga "ke sekolah" dikira sebagai dua perkataan.Kedudukan "di" dan "ke" dalam hal ini samalah dengan kedudukan kata depan yang lain dalam bahasa Melayu seperti "dari", "daripada", "kepada", dan sebagainya yang dianggap sebagai satu perkataan kerana dapat berdiri sendiri.

Sebaliknya, "di" dan "ke" tidak diambil kira sebagai satu perkataan apabila berfungsi sebagai imbuhan. Misalnya, dipukul, ditulis, ditegur, disuruh, dimakan, dan kedua, ketua, kekasih, kehendak, dan dikira sebagai satu perkataan sahaja.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1