|
26. Penjodoh Bilangan Bagi Hantu |
Tanya : SAYA menghadapi beberapa masalah seperti yang
berikut: Jawab : Dalam bahasa Melayu, lazimnya yang diberi penjodoh bilangan ialah perkataan yang konkrit seperti manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda. Untuk benda yang abstrak, kita tidak mempunyai penjodoh bilangan, apa lagi yang merupakan khayalan seperti hantu. Kalau mahu diterangkan secara terperinci tentang imbuhan me- dan pe-, tentu akan memerlukan ruang yang banyak. Saya cadangkan supaya saudara merujuk kepada buku tatabahasa yang berwibawa yang ada menerangkan hal ini dengan jelas dan mudah. Walau bagaimanapun, secara ringkas imbuhan me- adalah sekeluarga dengan awalan mem-, men-, meng-, dan menge-. Awalan me- akan tetap sebagai me- apabila diimbuhkan pada kata-kata yang bermula dengan huruf k, s, p, t. Walau bagaimanapun, huruf k sebagai huruf pertama pada kata dasar berubah menjadi ng, huruf s berubah menjadi ny, huruf p berubah menjadi m dan huruf t berubah menjadi n. Misalnya, mengesat, menyoal, memukul, menulis. Sebaliknya, apabila imbuhan me- diimbuhkan me- diimbuhkan kepada kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w,dan w, kata-kata tersebut tidak mengalami apa-apa perubahan. Misalnya, melompat, memaafkan, menolak, menganga, menyala, merayu, mewarnakan, meyakinkan. Imbuhan mem- digunakan bagi kata-kata yang bermula dengan huruf b, f dan v. Misalnya, membandingkan, memfitnah, memvarnis. Imbuhan men- digunakan bagi kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z. Misalnya, mencuri, mendongak, menjala, mensyariatkan, menziarah. Imbuhan meng- digunakan bagi kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, kh. Misalnya, mengangkat, mengeja, mengikut, mengolah, mengubat, menggaris, menghunus, mengkhabarkan. Imbuhan menge- pula digunakan bagi kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Misalnya, mengepos, mengebom, mengelap. Secara ringkasnya, awalan pe- sekeluarga dengan awalam pem-, pen, peng, dan penge-. Ini menunjukkan bahawa awalan pe- ada hubungannya dengan awalan-awalan me-, mem-, men-, meng-, dan menge-. Misalnya: melukis - pelukis Tentang soalan saudara yang ketiga, semua imbuhan
dirapatkan denganperkataan yang mengikuti ataupun yang
mendahuluinya. Yang tidak dirapatkan dengan kata yang
mengikutinya itu bukannya imbuhan, tetapi kata depan. kekerasan ke Kuala Lumpur Ayat yang saudara kemukakan dalam soalan 4 betul. Dalam hal ini, kata sendi "oleh" merupakan pilihan. Kita boleh mengatakan "penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak itu" ataupun "penyakit yang dihidapi kanak-kanak itu." Walau bagaimanapun, dalam sesetengah-setengah ayat pasif,
kata sendi "oleh" wajib ada, kerana kalau digugurkan,
sesuatu ayat itu boleh menjadi kabur. Barang itu telah diambil pagi tadi oleh Ahmad. Saudara akan dapat melihat perbezaan antara "dibuat" dengan "diperbuat" jika saudara merujuk kepada kamus seperti Kamus Pelajar misalnya. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||