25. Perihal Kecubung Emas

Tanya : Saya ingin tahu apakah maksud beberapa perkataan di bawah ini dan adakah ayat-ayat yang berikut salah ataupun betul.

1. Malah masih kedapatan iklan-iklan jualan murah di merata gedung perniagaan khususnya menjelang hari-hari perayaan, akhir tahun, cuti sekolah.
2. Manakala bagi tempuh jualan murah bagi enam hari sehingga ke-30 hari notis yang serupa harus dihantar, 30 hari lebih awal.
3. Kecubung Emas.
4. Lembaran tiba lagi.

Dalam ayat 1, apakah maksud kedapatan dan merata, dan perlukah kita menggunakan perkataan hari-hari? Dalam ayat 2, apakah yang dimaksudkaan dengan tempuh? Tolong berikan juga erti kecubung dan lembaran.

Jawab : Perkataan kedapatan dalam ayat 1 membawa maksud "didapati" ataupun "terdapat". Di merata gedung di sini bermakna "di mana-mana gedung". Perkataan hari-hari digunakan dalam ayat ini mungkin untuk menegaskan bahawa ada lebih daripada satu hari perayaan. Walau bagaimanapun, perkataan "hari" sahaja pun sudah memadai.

Dalam ayat 2, perkataan tempuh ini jelas tersalah ejaannya. Yang dimaksudkan tentulah "tempoh" bukan "tempuh" kerana yang dirujuk di sini ialah jarak waktu.

Perkataan kecubung dan lembaran ini agak sukar ditelah maknanya kerana ketiadaan konteks. Kita hanya dapat mengagak sahaja. Jika kita mengandaikan bahawa perkara 3 dan 4 sama konteks dengan 1 dan 2, maka dapatlah kita duga bahawa "kecubung emas" itu ialah apa yang sering disebut sebagai "cepu emas" (jackpot dalam bahasa Inggeris). Perkataan lembaran ini kemungkinan besarnya "lebaran" yang membawa maksud hari raya puasa ataupun hari raya haji.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1