22. Masalah Perkataan Pinjaman

Tanya : SAYA ingin memastikan sama ada beberapa perkataan di bawah ini telah dianggap sebagai baku atau standard dalam bahasa Melayu atau tidak. Perkataan-perkataan yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

1. komitmen
2. prosiding
3. komersial
4. interaksi
5. komited

Sekiranya perkataan-perkataan di atas wujud dalam bahasa Melayu standard dan dianggap baku, sila berikan maksudnya. Terima kasih.

Jawab : Perkataan-perkataan yang saudara senaraikan itu merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris dan kini sudah digunakan secara agak meluas dalam bahasa Melayu. Makna dan bentuk asalnya dalam bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:

1. komitmen (daripada kata Inggeris commitment) -- kewajipan atau tanggungan.
2. prosiding (daripada kata Inggeris proceeding) -- cara bertindak, cara bekerja, kelakuan; legal proceedings -- tindakan undang-undang.
3. komersial (daripada Inggeris commercial) -- mengenai perdagangan atau perniagaan.
4. interaksi (daripada Inggeris interaction) -- saling tindakan.
5. komited (daripada kata Inggeris commited) -- bertanggungjawab, melibatkan diri.
Untuk keterangan yang lanjut, silalah saudara merujuk kepada Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu (DBP).

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1