21. Sebutan Baku dan Bahasa Baku

Tanya : Saya amat keliru dengan sebutan baku dan bahasa baku. Guru Bahasa Melayu saya sering menggunakan bahasa baku daripada sebutan baku. Apakah sebenarnya makna "baku" ini?

Jawab : Jika dilihat dalam kamus bahasa Melayu yang baik, akan ditemukan bahawa salahsatu makna baku itu ialah "yang diterima dan yang diakui, atau yang sah atau yang benar (terutama tentang sukatan, ukuran, dan sebagainya)". Denganberpedomankan makna itulah frasa bahasa baku dibentuk. Dalam ilmu bahasa, bahasa baku bermakna ragam bahasa yang diakui baik dan benar, dan ditandai oleh bentuk kata dan ayat yang mengikut kaedah tatabahasa, dan digunakan dalam perhubungan rasmi, tulisan ilmiah, atau dalam perbicaraam umum.

Daripada huraian itu dapatlah difahami bahawa bahasa baku itu tidak sahaja mementingkan kaedah tatabahasa dalam pembentukan kata, dan ayat, tetapi juga mementingkan cara menuturkannya.

Dalam pertuturan atau ucapan, jika satu daripada unsur itu tidak memenuhi kaedahnya yang benar, maka tidak bakulah bahasa yang dituturkan itu, tetapi dalam tulisan, masalah sebutan baku tidak timbul.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1