20. Penjodoh Bilangan

Tanya : Masalah yang ingin saya utarakan ialah penggunaan penjodoh bilangan. Selalunya kita menggunakan penjodoh bilangan, buku untuk merujuk kepada sabun, roti, dan benang. Mengapakah penjodoh bilangan buku itu tidak dirujuk kepada objek buku juga? Malah, untuk buku kita menggunakan penjodoh bilangan sebuah. Saya sangat berharap tuan dapat memberikan penjesalan.

Jawab : Kalau dilihat dalam kamus bahasa Melayu yang baik, kita dapati bahawa kata buku sekurang-kurangnya dimuatkan sebagai dua kata masukan yang berbeza. Salah satu erti buku yang diberikan ialah ketul atau butir yang kecil-kecil seperti garam, tanah, dan sebagainya. Untuk merujuk kepada benda-benda yang berbuku-buku seperti itu, digunakan kata buku sebagai penjodoh bilangannya.

Erti buku yang satu lagi ialah jilidan beberapa helai kertas yang berisi tulisan/cetakan untuk dibaca, atau berisi ruangan kosong untuk ditulisi. Jadi, bentuknya berjilid, dan tidak berbuku-buku seperti tanah, sabun, garam, dan sebagainya itu. Oleh sebab itu, kata buku sebagai penjodoh bilangan, tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada benda-benda yang tidak berbuku-buku keadaannya.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1