|
23. "Diperoleh dari Sungai?" |
Tanya : Saya inginkan kepastian sama ada maksud perkataan "diperoleh" dan "diperolehi" itu sama dari segi maksudnya atau tidak. Yang berikut adalah sebaris ayat yang saya petik daripada majalah Pelita Bahasa: Cencudik yang baru diperoleh dari sungai itu enak rasanya apabila digoreng dengan tepung. Bolehkah perkataan "diperolehi" dalam ayat di atas digantikan dengan perkataan "diperolehi". Jawab : Untuk makluman, perkataan "diperoleh" adalah bentuk pasif bagi perkataan "memperoleh". Memang ada beberapa perkataan yang perlu diberi imbuhan "i" untuk menjadikannya kata kerja transitif, misalnya, menaiki (tangga dan sebagainya), menjalani (latihan, pemeriksaan, dan sebagainya), memperingati (sesuatu), dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan "memperoleh" sudah pun merupakan kata kerja transitif, oleh itu tidak memerlukan imbuhan "i" lagi. Hal yang demikian ini bermakna juga bahawa bentuk "memperolehi" adalah salah. Dengan sendirinya terjawablah pertanyaan saudara tentang penggunaan "diperoleh" dalam contoh ayat yang diberikan. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||