18. "Memelihara" dan "memulihara"

Tanya : Baru-baru ini saya menemukan perkataan "memulihara" yang tersiar dalam ruangan Kosa Kata. Saya mendapati perkataan ini adalah perkataan yang lama. Sepatutnya perkataan "memelihara" yang digunakan, iaitu yang bermaksud menjaga dan mengekalkan. Harap dapat puan jelaskan hal yang mengelirukan saya ini.

Jawab : Jika saudara merujuk Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa [1988], saudara akan mendapati kedua-dua perkataan "pelihara" dan pulihara" tersenarai di dalamnya. Makna kedua-dua perkataan ini berbeza.

pelihara; memelihara ,menjaga dengan baik;
membela; merawat.
pulihara; memulihara menebang dan menanam semula pokok-pokok tertentu dan menjaganya dengan rapi; membuat sesuatu supaya tidak pupus.

Sebenarnya, perkataan "pulihara" ini merupakan gabungan dua kata, iaitu pulih + pelihara, dan dicipta untuk mengungkapkan maksud conserve dalam bahasa Inggeris.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1