|
17. Sebutan Baku |
Tanya : Saya ingin mendapatkan kepastian daripada puan tentang sebutan baku. Saya masih ragu-ragu sebutan yang mana yang dianggap sebagai baku. Misalnya, perkataan "untuk". Adakah sebutannya: un-tuk ataupun un-tok? Demikian juga dengan beberapa perkataan lain seperti "air" dan "gunung": gu-nung ataupun gu-nong? Bagaimana pula sebutan baku bagi tidur, bilik, masuk, hidung, bingung dan sebagainya. Jawab : Sebagai pedoman umum, sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Misalnya, bunyi u hendaklah dibunyikan sebagai [u] dalam semua kedudukan dalam perkataan, bukan kadang-kadang [u] dan kadang-kadang [o]. Oleh itu sebutan baku bagi kaya-kata yang senaraikan adalah seperti yang berikut: untuk - [un + tuk] Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku, silalah rujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka [1988]. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||