|
15. Masalah imbuhan "kan" |
Tanya : Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan
imbuhan "kan". Misalnya: Adakah ketiga-tiga ayat di atas betul dari segi penggunaan imbuhan "kan"? Tolong terangkan penggunaan imbuhan "kan" dengan jelas dan berikan contohnya sekali.
Jawab : Sebenarnya, persoalan yang terlibat di sini bukannya sekadar "kan" tetapi "me-kan". Mula-mula kita lihat ayat-ayat contoh yang saudara kemukakan satu persatu. Daripada tiga ayat tersebut, hanya ayat 2 sahaja yang betul. Ayat pertama dan ketiga harus ditulis seperti yang berikut: 1a. Tebing itu dihakis oleh air sungai. Dalam ayat 1, perkataan hakis tidak perlu ada imbuhan "kan", memadai dengan imbuhan "di" sahaja. Seperti yang saudara maklum, ayat tersebut merupakan ayat pasif daripada bentuk ayat aktif: Air sungai menghakis tebing itu. Imbuhan "me" pada perkataan "hakis" dalam ayat ini berfungsi sebagai pembentuk kata kerja transitif. Apabila ayat ini dipasifkan, maka "menghakis" menjadi "dihakis". Imbuhan "me-kan" sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi. Keterangan lanjut tentang hal ini dapat saudara peroleh daripada buku-buku tatabahasa yang ditulis oleh ahli-ahli bahasa yang terkenal seperti Awang Sariyan, Asraf dan lain-lain. Saya turunkan beberapa fungsi "me-kan" di sini sebagai contoh: a. "me-kan" bertugas untuk membentuk kata kerja transitif daripada kata-kata atau frasa-frasa lain dalam pelbagai kelas. Misalnya: buku (kata nama) - membukukan cantik (adjektif) - mencantikkan naik (kata kerja asal) b."me-kan" bertugas sebagai kata sendi akan yang menyertai kata adjektif. Misalnya: membimbangkan - bimbang akan membelikan - membeli untuk seseorang |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||