14. Ayat Gramatis

Tanya : Saya ingin meminta penjelasan cikgu tentang perkara-perkara yang berikut:

1. Adakah ayat-ayat yang berikut ini gramatis dan sama maknanya?
a. Rumahnya berhadapan dengan rumah saya.
b. Rumahnya berdepanan dengan rumah saya.

2. Ejaan yang manakah yang betul.
a. kemalaysiaan, keMalaysiaan, atau ke-Malaysiaan?
b. insyaallah atau insya-Allah?

3. Dalam ayat: Saya berasa kecewa akan perbuatannya itu pagi semalam, bolehkah kata kecewa itu diganti dengan kata "merana", "duka", "hampa", atau "kecil hati"? Saya berpendapat bahawa hal ini boleh dilakukan kerana maksud ayat tersebut tetap sama juga. Betulkah pendapat saya ini?

 

Jawab : Untuk menjawab soalan yang pertama, ayat pertama yang anda berikan itu gramatis. Kata yang harus digunakan dalam ayat 1 (b) ialah "berdepan-depan."

Ejaan yang betul ialah "kemalaysiaan" dan "insya-Allah". Dengan itu, terjawablah soalan kedua anda itu.

Pendapat anda dalam soalan yang ketiga itu tidak tepat. Sesuatu kata boleh diganti dengan kata yang lain hanya apabila kata-kata tersebut sama ertinya. Misalnya, kata "kecewa" seerti dengan kata "hampa". Oleh itu, kata "kecewa" boleh diganti dengan kata "hampa". Kata-kata lain, iaitu "merana", "duka", dan "kecil hati" berbeza-beza maknanya dan tidak sama dengan erti kata "kecewa". Untuk mengetahui erti sesuatu kata dan sinonimnya, merujuklah kepada kamus. Dalam kamus yang baik, erti sesuatu kata diberikan dengan contoh penggunaannya sekali.

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1