|
12. Mengeja Kata Nama Khas yang Digandakan |
Tanya : Sila berikan penjelasan tentang yang berikut: 1. Yang manakah ejaan yang betul, "menyesatkan" atau
"mensesatkan"?
Jawab : Untuk menjawab soalan anda yang pertama, ejaan yang betul ialah "menyesatkan" kerana huruf "s" sebagai huruf pertama pada kata dasar "sesat" itu bertukar menjadi "ny" apabila diimbuhi awalan me-. Untuk menjawab soalan yang kedua pula, anda harus ingat bahawa huruf pertama pada kata nama khas mestilah huruf besar. Oleh sebab itu, ejaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itulah yang betul. Perdana Menteri merupakan kata majmuk yang tidak seharusnya dijamakkan menjadi Perdana-Perdana Menteri atau Perdana Menteri-Perdana Menteri. Cukuplah kalau Perdana Menteri disertai kata bilangan jika hendak dijamakkan, misalnya "beberapa orang Perdana Menteri". Sebutan baku untuk kata "selesa" ialah se.le.sa (e taling untuk se) dan sebutan kata "sebar" ialah dengan e pepet untuk se. Untuk pengetahuan anda, cara menyebut sesuatu kata dengan betul ada dinyatakan dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Oleh itu, rajin-rajinlah merujuki kamus sekiranya anda menghadapi masalah sebutan seperti ini. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||