|
10. Bersembahyanglah sebelum anda disembahyangkan! |
Tanya : Baru-baru ini guru Bahasa Melayu saya memberitahu saya bahawa ayat-ayat yang berikut ini tidak gramatis. a. Sekarang penduduk-penduduk kampung sudah maju. Menurut beliau, bentuk ayat yang gramtis adalah seperti yang berikut: a1. ... penduduk kampung .. Betulkah pendapat guru tersebut? Harap dapat puan berikan penjelasan serta sebab-sebabnya. Beliau mengatakan juga bahawa penggunaan kata "menderma" dalam ayat yang berikut ini betul: Dia telah menderma kain bajunya kepada mangsa-mangsa banjir. Betulkah kata "menderma" dalam ayat tersebut? Bukankah kata kerja transitif untuk kata menderma seharusnya menjadi mendermakan? Satu lagi ialah tentang tatabahasa yang oleh guru itu dikatakan hanya meliputi aspek morfologi dan sintaksis sahaja, dan tidak meliputi aspek semantik dan fonologi. akan tetapi dalam rencana Awang Sariyan yang berjudul "Aspek-aspek tatabahasa dalam Pertuturan dan Penulisan Bahasa Malaysia Baku" (Dewan Bahasa, November 1985, hlm. 833), beliau mengatakan bahawa tatabahasa meliputi sintaksis, morfologi,semantik dan fonologi. Oleh sebab kedua-dua pendapat ini kelihatan bercanggah, harap dapat tuan editor berikan penjelasan yang lebih tepat supaya dapat menyelesaikan kemusykilan saya ini.
Jawab : Pandangan guru tersebut ada yang betul dan ada yang kurang tepat. Untuk memudahkan perbincangan, ada baiknya kita melihat persoalan yang dikemukakan satu persatu. Ayat a1 dan c1 memang betul seperti yang dikatakan. Hal ini demikian kerana perkataan "penduduk kampung" sudah terkandung di dalamnya unsur jamak, oleh itu tidak perlu lagi digandakan. Demikian juga perkataan "di kalangan". Kerana itu perkataan "pelajar" tidak perlu dijamakkan. Ayat b1 pun betul kerana sebab yang sama. Perkataan "antara" menimbulkan konotasi atau maksud lebih daripada satu. Ayat d adalah ayat yang betul bukannya ayat d1. Dalam ayat perintah ini, subjeknya tidak dinyatakan. Subjeknya mungkin engkau, kamu, anda. Dalam hal ini, ayat yang sebenarnya ialah: Engkau (kamu, anda) bersembahyanglah sebelum engkau disembahyangkan. Tidak gramatislah ayat ini sekiranya kata kerja sembahyang tidak diberi imbuhan ber-. Kata kerja yang kedua, iaitu disembahyangkan pun betul dalam ayat ini. Tentang soalan yang kedua, betullah apa yang saudara katakan itu. Kata kerja dalam ayat contoh tersebut haruslah kata kerja transitif "mendermakan". Sebagai menjawab soalan saudara yang akhir, perlu kita ingatkan bahawa ilmu bahasa seperti ilmu-ilmu yang lain juga, sentiasa berkembang. Suatu ketika dahulu memang benar ahli bahasa hanya mementingkan aspek morfologi dan sintaksis dalam huraian mereka tentang tatabahasa. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat ilmu linguistik, para ahli bahasa kini sedar bahawa komponen semantik (makna) dan fonologi (bunyi: sebutan) pun amat penting dalam huraian tatabahasa. Kerana bersependapat dengan pandangan mutakhir dalam ilmu bahasalah maka Awang Sariyan mengatakan bahawa tatabahasa meliputi sintaksis, morfologi, semantik, dan fonologi. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||