|
9. Mara bahaya atau berbahaya? |
Tanya : Cikgu saya pernah menerangkan bahawa bahawa perkataan merbahaya seharusnya dieja sebagai mara bahaya. Adakah ini masih betul ataupun patut digantikan dengan berbahaya? Soalan saya yang kedua ialah tentang ayat-ayat yang berikut. Saya ingin tahu sama ada frasa/perkataan yang berhuruf tegak di bawah ini betul atau tidak penggunaannya. 1. Petroleum adalah hasil pengeluaran yang utama. Seterusnya saya ingin bertanya sama ada sesuatu ayat itu boleh dimulakan dengan perkataan "yang". Selain itu, bolehkah ayat soal/tanya diakhiri dengan partikel -kah? Sekian, terima kasih.
Jawab : Seperti yang telah diterangkan, perkataan *merbahaya timbul kerana tersilap membuat transkripsi daripada tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Dalam tulisan Jawi lama, perkataan ini ditulis sebagai: Yang ada dalam bahasa Melayu ialah mara bahaya (kata nama) dan berbahaya (kata sifat). Lihatlah contoh penggunaannya dalam ayat-ayat yang berikut: Dia sanggup menempuh segala mara bahaya asalkan hasratnya tercapai.Merokok sangat berbahaya kepada kesihatan. Daripada ayat-ayat tersebut, jelaslah bahawa mara bahaya dan berbahaya tidak boleh saling berganti di dalam ayat. Walau bagaimanapun, banyak orang yang sering menggunakan bentuk yang salah iaitu *merbahaya untuk berbahaya. Tentang soalan saudara yang kedua itu, ayat pertama betul tetapi ayat kedua dan ketiga ada terkandung di dalamnya kesilapan. Yang betul adalah seperti yang berikut: Para pelajar dinasihati supaya menjaga disiplin mereka.Sungai adalah jalan perhubungan di kawasan pedalaman. Dalam bahasa Melayu memang ada ayat yang dimulakan dengan perkataan"yang" seperti dalam contoh yang berikut: Yang kurus itu adik saya. Tentang ayat tanya yang berpartikel -kah ini ada peraturannya yang tersendiri. Terlebih dahulu, ada baiknya kita mengingatkan bahawa -kah adalah partikel penegas yang berfungsi untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Mari kita lihat contoh yang berikut: Orang itu guru. (Ayat penyata). ? ? subjek predikat Ayat ini boleh dijadikan ayat tanya yang berpartikel -kah seperti yang berikut: Orang itu gurukah? Oleh sebab predikat ayat ini yang dipentingkan, maka bahagian itu tidak bolehberada di belakang, tetapi harus dikedepankan seperti yang berikut: Gurukah orang itu? |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||