5. Berpakaian Menjolok Mata!

Tanya : Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan dua kemusykilan. Yang pertama ialah tentang "penempatan" dan "petempatan". Apakah perbezaan antara kedua-duanya dalam hal makna dan penggunaan?

Guru-guru perempuan ditegah berpakaian menjolok/menyolok mata di sekolah oleh Kementerian Pendidikan.

Perkataan yang manakah yang betul dalam ayat tersebut. Harap dapat puan berikan penerangan yang jelas.

Jawab : Jika saudara merujuk kepada Kamus Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, suadara akan mendapati kedua-dua perkataan tersebut diberikan takrif dengan jelas.

penempatan : hal atau perbuatan menempati atau menempatkan Misalnya: Penempatan bekas penagih dadah di kawasan yang terpencil itubertujuan untuk mencegah mereka daripada memperoleh bekalan dadah.

Petempatan : kawasan yang ditempati atau untuk menempatkan sekumpulan orang dan lain-lain.

Misalnya: Kerajaan telah membuka beberapa petempatan baru di daerah yang telah dibangunkan itu.

Bagi menjawab soalan saudara yang kedua itu, yang betul ialah "menjolok mata" yang bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian, dan sebagainya).

BACK

NEXT


| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan |
|
pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik |
|
pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran |
|
pelajar cemerlang | sukan dan permainan |
|
kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan |

© SMKTM

apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1