|
6. Berputar dan berpusing |
Tanya : Saya ingin mengemukakan beberapa kemusykilan tentang penggunaan perkataan yang berikut ini. 1. Adakah perkataan "berputar" itu sama ertinya dengan
"berpusing" Contoh: Perkataan "merotan" dalam contoh pertama membawa maksud memukul manakala dalam contoh kedua, maksudnya ialah mencucuk. Saya harap cikgu dapat memberikan penjelasan. Jawab : Perkataan "berputar" dan "berpusing" adalah perkataan yang bersinonim ataupun yang seerti. Walau bagaimanapun, seperti perkataan-perkataan seerti yang lain, maknanya tidaklah 100 peratus sama. Kedua-dua perkataan ini bermaksud bergerak berkeliling tetapi pergerakan "berputar" lazimnya lebih deras daripada "berpusing". Bagi menjawab soalan saudara yang kedua, makna "merotan" ada dua. Yang pertama adalah seperti contoh (a) yang saudara berikan. Makna kedua ialah perbuatan mencari atau mengambil rotan di dalam hutan. Contoh (b) yang saudara berikan itu tidak betul. Hal ini demikian kerana "merotan" adalah kata kerja transitif, oleh itu harus diikuti frasa nama sebagai objek dan tidak boleh ada sendi nama "di" di situ. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||