|
4. Tanya : Saya ingin tahu sama ada perkataan "menemukan" boleh digunakan dalam ayat ini: |
Saya pernah menemukan perkataan ... Ayat itu saya dapati daripada ruangan Tanya Jawab dalam Pelita Bahasa. Jika perkataan itu boleh digunakan selain "bertemu", harap dapat editor berikan penjelasan. Jawab : Perkataan "menemukan" dalam ayat yang tersebut memang boleh malah tepat sekali. Sekiranya saudara merujuk kepada Kamus Pelajar saudara akan mendapati bahawa "bertemu" dan "menemukan" tidak sama penggunaannya walaupun mempunyai kata dasar yang sama, iaitu "temu". "Bertemu" ialah berjumpa atau bersua dengan sesuatu ataupun berhubung atau bercantum menjadi atau (tentang sungai dan lain-lain). Sebaliknya, "menemukan" ialah mendapat atau mencipta sesuatu yang baru atau memperoleh sesuatu yang dicari (dengan usaha penyelidikan dan sebagainya). Untuk keterangan lanjut, silalah saudara merujuk kepada kamus yang tersebut. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||