بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Persatuan Siswa Siswi Islam meriapakan satu persatuan
yang mana kini telah berdaftar dengan sah bi bawah pentadbiran
Politeknik Ungku Omar.
Sejarah Persatuan Siswa Siswi Islam (Pssi) bermula
sejak penubuhan Puo sendiri. Namun, nama yang digunakan sebelum
ini ialah unit Rakan Masjid. Aktiviti yang dijalankan adalah sama
seperti mana yang ada kini.
Namun, masa merubah segalanya. Unit Rakan Masjid
kemudiannya ditukar nama kepada Persatuan Siswa Siswi Islam yang
awalnya bernaung di bawah pengawalan Unit Agama Jabatan Pengajian
Am.
Bermula pada pengajian Sesi Kedua 2002, peraturan
baru telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Puo yang mana setiap
persatuan dan kelab yang ingin bergerak di Puo mestilah mendaftarkan
nama Persatuan/kelab di bawah Unit Kokurikulum.
Pssi tiada cara lain dan secara rasminya, Pssi
telah mendaftarkan nama yang sah dibawah Unit Kokurikulum dengan
nama yang asal iaitu 'Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI) pada
pengajian Sesi Kedua 2002. Sebelum didaftarkan, Ajk Tertinggi
turut berbincang sama ada untuk menukar nama kepada nama lain.
Antara usul yang dikeluarkan ialah meletakkan nama "Persatuan
Mahasiswa Islam" (pmi).
Dan kini, Pssi bebas melaksanakan aktiviti kerohanian
untuk Politeknik Ungku Omar. Antara aktiviti yang dijalankan Pssi
ialah Tilawah al-Quran, Pertandingan Nasyid dan banyak lagi.
|