السلام عليكم
..:: Sesi Januari 2004
PSSI mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua pelajar baru yang mendaftar di Politeknik Ungku Omar
sama ada pelajar semester satu mahupun pelajar semester lima integrasi.
Kami di pihak PSSI mengalu-alukan
kedatangan anda semua untuk menjadi warga Politeknik Ungku Omar
dan seterusnya menjadikannya sebagai lembaran baru di dalam hidup
anda.
PSSI juga mengucapkan tahniah
kepada semua pelajar PUO yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada peperiksaan akhir semester lepas.
Teruskan usaha untuk semester
akan datang dan tingkatkan azam untuk mencapai keputusan yang
lebih gemilang pada semester yang bakal mendatang ini.
..::
Usrah Widak (Perpisahan)
Satu program usrah wida' akan
diadakan oleh Persatuan Siswa Siswi Islam pada 18 Oktober 2003.
Tujuan program ini adalah sebagai
satu syiar perpisahan antara ahli-ahli usrah senior dan junior.
Antara aturcaranya ialah persembahan
nasyid, ucapan penasihat Pssi, tazkirah, penyampaian sijil dan
cenderahati dan juga jamuan.
..::
Rehlah Pssi Gabungan Usrah Siswa & Usrah Siswi
Persatuan Siswa Siswi Islam telah
menganjurkan program Rehlah Pssi yang mana program tersebut adalah
gabungan antara Usrah Siswa dan Usrah Siswi. Program ini berlansung
dari 19 hingga 21 September 2003 di Kem Pulara Trung Taiping.
Pelbagai pengisian telah dibuat
sempena program tersebut. Antaranya ialah tazkirah, jungle tracking,
latihan dalam kumpulan (LDK), tazkiyatul nafs dan qiamulail.
Peserta yang terlibat dalam program
itu ialah ahli-ahli usrah siswa dan siswi yang majoritinya dari
kalangan pelajar semester satu.
..::
Sekapur Sireh
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan segala
limpah dan inayah daripadanya dapatlah suara Persatuan Siswa Siswi
Islam PUO berkumandang di alam siber ini.
Laman Web Pssi baru dilahirkan
dan masih bayi lagi. Jadi, lumrah seorang bayi, terlalu banyak
yang tidak tahu dan terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang
ada. Lantaran itu, kami pihak penerbitan Pssi mengucapkan ribuan
kemaafan andai kiranya Laman Web ini tidak memuaskan hati anda
sekalian.
..::
Info PSSI: Risalah Jumaat »
Biro Penerbitan Pssi telah menerbitkan
Risalah Jumaat yang mana risalah ini diedarkan kepada umum untuk
tatapan dan juga bacaan ilmiah. Risalah Jumaat akan dikeluarkan
setiap hari Jumaat setiap minggu. Risalah itu boleh didapati di
Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Surau At-tarbiyyah Taman Cempaka
dan Surau Al-Mujahideen Pekan Razaki.
Antara lain kandungan risalah
itu ialah mengatakan isu semasa yang berkaitan dengan dunia Islam
dan juga mengatakan soal aqidah dan tauhid, asas pegangan bagi
semua muslim.
Dapatkan segera risalah ini untuk
koleksi peribadi anda.!!
Menemui anda.....setiap Jumaat!!!
..::
Info Laman Web Pssi »
Laman Web Pssi mula beroperasi
pada pertengahan Sesi Pertama 2003 yang menggunakan sub-domain
cjb.net. Menggunakan sub-domain terdapat banyak masalah yang perlu
dihadapi selain tidak melambangkan identiti Pssi yang sebenar.
Namun, untuk peringkat permulaan,
Pssi akan terus kekal menggunakan khidmat sub-domain. Dari masa
ke semasa, Pssi akan berusaha untuk mendapatkan domain yang sendiri
dengan menggunakan domain http://www.pssipuo.com/.
Terdapat beberapa keistimewaan
sendiri sekiranya Pssi mempunyai domain sendiri. Antaranya, anda
boleh membuat email peribadi yang membawa identiti 'pssipuo'.
Contoh: [email protected].
|