Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi
Hari ini:
/ | Update: Feb 2004
 
Counter
hits | pengunjung

..:: Muka Hadapan »
..:: Pengenalan »
..:: Sejarah »
..:: Organisasi »
..:: Galeri PSSI »
..:: E-Mail »
..:: PUO »

•Anda Tetamu Kami?

..:: Rankaian Poli »

:: Politeknik KPM

:: Poli Ungku Omar

:: Poli Johor Bahru

:: Polimas

:: Poli Shah Alam

:: Polisas

:: Poli Port Dickson

:: Poli Dungun


..:: Komuniti Islam »

:: Komuniti Ukhwah

:: Portal Bicara Siswa

:: Komuniti Muslimah

:: K. Sahabathijjaz

:: K. Shukur.org

:: BicaraMuslim.com

:: Nasyeed.com

:: DjRizal.net


- Link Menarik -

 

السلام عليكم

..:: Info PSSI ::..

..:: Sesi Januari 2004

PSSI mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baru yang mendaftar di Politeknik Ungku Omar sama ada pelajar semester satu mahupun pelajar semester lima integrasi.

Kami di pihak PSSI mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menjadi warga Politeknik Ungku Omar dan seterusnya menjadikannya sebagai lembaran baru di dalam hidup anda.

PSSI juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar PUO yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir semester lepas.

Teruskan usaha untuk semester akan datang dan tingkatkan azam untuk mencapai keputusan yang lebih gemilang pada semester yang bakal mendatang ini.


..:: Usrah Widak (Perpisahan)

Satu program usrah wida' akan diadakan oleh Persatuan Siswa Siswi Islam pada 18 Oktober 2003.

Tujuan program ini adalah sebagai satu syiar perpisahan antara ahli-ahli usrah senior dan junior.

Antara aturcaranya ialah persembahan nasyid, ucapan penasihat Pssi, tazkirah, penyampaian sijil dan cenderahati dan juga jamuan.


..:: Rehlah Pssi Gabungan Usrah Siswa & Usrah Siswi

Persatuan Siswa Siswi Islam telah menganjurkan program Rehlah Pssi yang mana program tersebut adalah gabungan antara Usrah Siswa dan Usrah Siswi. Program ini berlansung dari 19 hingga 21 September 2003 di Kem Pulara Trung Taiping.

Pelbagai pengisian telah dibuat sempena program tersebut. Antaranya ialah tazkirah, jungle tracking, latihan dalam kumpulan (LDK), tazkiyatul nafs dan qiamulail.

Peserta yang terlibat dalam program itu ialah ahli-ahli usrah siswa dan siswi yang majoritinya dari kalangan pelajar semester satu.


..:: Sekapur Sireh

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan segala limpah dan inayah daripadanya dapatlah suara Persatuan Siswa Siswi Islam PUO berkumandang di alam siber ini.

Laman Web Pssi baru dilahirkan dan masih bayi lagi. Jadi, lumrah seorang bayi, terlalu banyak yang tidak tahu dan terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang ada. Lantaran itu, kami pihak penerbitan Pssi mengucapkan ribuan kemaafan andai kiranya Laman Web ini tidak memuaskan hati anda sekalian.


..:: Info PSSI: Risalah Jumaat »

Biro Penerbitan Pssi telah menerbitkan Risalah Jumaat yang mana risalah ini diedarkan kepada umum untuk tatapan dan juga bacaan ilmiah. Risalah Jumaat akan dikeluarkan setiap hari Jumaat setiap minggu. Risalah itu boleh didapati di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, Surau At-tarbiyyah Taman Cempaka dan Surau Al-Mujahideen Pekan Razaki.

Antara lain kandungan risalah itu ialah mengatakan isu semasa yang berkaitan dengan dunia Islam dan juga mengatakan soal aqidah dan tauhid, asas pegangan bagi semua muslim.

Dapatkan segera risalah ini untuk koleksi peribadi anda.!!

Menemui anda.....setiap Jumaat!!!


..:: Info Laman Web Pssi »

Laman Web Pssi mula beroperasi pada pertengahan Sesi Pertama 2003 yang menggunakan sub-domain cjb.net. Menggunakan sub-domain terdapat banyak masalah yang perlu dihadapi selain tidak melambangkan identiti Pssi yang sebenar.

Namun, untuk peringkat permulaan, Pssi akan terus kekal menggunakan khidmat sub-domain. Dari masa ke semasa, Pssi akan berusaha untuk mendapatkan domain yang sendiri dengan menggunakan domain http://www.pssipuo.com/.

Terdapat beberapa keistimewaan sendiri sekiranya Pssi mempunyai domain sendiri. Antaranya, anda boleh membuat email peribadi yang membawa identiti 'pssipuo'. Contoh: [email protected].


 
..:: Forum PSSI »

..:: Komen Anda »
Name

URL or Email

Messages(smilies)

:: PSSIPUO ::
:: ©2004 PSSIPUO: Team PSSI ::
- sebarang cadangan/idea, info² terkini sila hantar kepada
Safa atau [email protected]. Utk update -
Hosted by www.Geocities.ws

1