|
Pada semester akhir (sem 6) antara Jan 05 hingga April 05, sebagai syarat memenuhi pengajian Diploma Teknologi Maklumat, pelajar semester akhir dikehendaki menghasilkan satu projek untuk dipersembahkan pada akhir semester. Projek ini hendaklah berkisar mengenai kursus yang terlibat. Projek ini perlu dirancang pada awal semester 5 (itu lebih baik) dan memulakan penghasilannya pada awal semester 6. Projek ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan iaitu satu kumpulan 2 orang ahli. Saya bersama kawan saya telah memilih dokumentari sebagai projek akhir kami. Dokumentari kami berjudul "Bagaimana Telefon Beroperasi (How Telephone work)". Kami memilih untuk menghasilkan dokumentari ini kerana kami pernah menjalani latihan industri di Telekom (M) Berhad dan mendapati ramai pengguna telefon tidak mengetahui bagaimana telefon beroperasi, kami juga mendapat sokongan dari pihak Telekom (di mana kami membuat latihan industri di sana) untuk menghasilkan dokumentari ini. Dan pada hari persembahan projek, kami dapat melakukannya dengan baik walaupun banyak mendapat kritikan dari juri profesional. Kami berterima kasih kepada pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan projek ini serta kawan-kawan yang banyak memberi cadangan. Terima kasih semua. |
||