|
Hidup ini tidak akan ceria, indah sekiranya kita keseorangan. Dengan kawan atau orang di sekeliling ianya memainkan peranan yang penting dalam mewarnai hidup ini. Ramai orang banyak ragamnya, tetapi itu yang akan melakarkan garis - garis kehidupan dari segi pengalaman, kematangan dalam meneruskan hidup ini. Yang baik dijadikan teladan dan sebaliknya dijadikan sempadan. Sebagai pelajar, kawan-kawan adalah segalanya kekadang ia melebihi keluarga sendiri. Kawan ini tidak bermaksud sama dari segi umur, citarasa dan sebagainya. Dan sebagai seorang kawan kita haruslah mengingati dan menghargai kawan kerana kenangan yang diperolehi dari seorang kawan adalah berbeza dengan seorang kawan yang lain dan kekadang dengan seorang kawan juga akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Walau apa pun kisahnya, jadilah seorang kawan yang baik walaupun bukan sebagai seorang kawan yang sejati. |
||