LATARBELAKANG

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

        Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan mulai 01 Jun 1982. Operasinya bermula di Tingkat 3, Bangunan Sultan Sulaiman sejak ditubuhkan hingga sekarang. Pejabat ini diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh 2 orang penolong iaitu :-
        1.       Pen. Peg. Pendidikan Daerah (Menengah),      
        2.       Pen. Peg. Pendidikan Daerah (Rendah)
               
        Mulai 01 Disember 1995, struktur PPD Gombak telah diubahsuai dengan menempatkan 3 orang penolong mengikut sektor iaitu :-
 
        1.        Sektor Pengurusan Sekolah
        2.        Sektor Pengurusan Akademik
        3.        Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
 
        Selain penolong-penolong, PPD turut dibantu oleh penyelia-penyelia iaitu:-
        
        1.    Penyelia Kanan (Sekolah)
        2.    Penyelia Sekolah (Sekolah)
        3.    Penyelia Sekolah Rendah (Akademik)
        4.    Penyelia Pendidikan Islam (Akademik)
        5.    Penyelia Hal-Ehwal Pelajar (Pembangunan Kemanusiaan)
        6.    Pegawai Khas Sains & Matematik (Akademik)
        7.    Penyelaras Sukan & Permainan (Pembangunan Kemanusiaan)
        8.    Penyelaras Badan Beruniform & Persatuan (Pembangunan Kemanusiaan)
        9.    Penyelaras Sukan Wanita (Pembangunan Kemanusiaan)
        10.   Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah (Pembangunan Kemanusiaan)
        11.   Pegawai Data (Sekolah)
        12.   Penyelaras Peperiksaan (Akademik)
        13.   (2) Pembantu Tadbir
        14.   (2) Pembantu Tadbir Rendah
        15.   Pembantu Am Rendah (PAR)
        16.   Pekerja Rendah Awam (PRA)
 
 

ke atasLaman Utama  | Misi-Visi | Fungsi/Objektif  | Piagam/Pelanggan | Staf  | Berita | Statistik 

 

LOKASI

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

 

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak terletak di Tingkat 3, Bangunan Sultan Sulaiman, Km 16, Jalan Rawang, 68100 Batu Caves iaitu sebuah kompleks pejabat kerajaan Daerah Gombak atau lebih dikenali dengan  Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Kompleks ini  berhampiran dengan kawasan perumahan Bandar Baru Selayang. Tempat-tempat lain yang dikenali dan berhampiran  seperti; Hospital Selayang,  Majlis Perbandaran Selayang, Stadium Selayang, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Pasar Borong Selayang,  Templer Park dan  Perangsang Templer Golf Club (PTGC).

Perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jalan Kuching hanya mengambil masa kurang dari 15 minit dan akan melalui Makro Selayang,  Jajatas Lingkaran Tengah, Pasar Borong dan 2 jejatas persimpangan di mana anda perlu mengambil jajatas yang kedua untuk ke pejabat ini dengan papan tanda "Pejabat Daerah & Tanah Gombak". 

Dari arah Rawang, perjalanan akan melalui Perangsang Templer Golf Club (PTGC), Templer Park dan kurang dari 5 minit akan sampai ke jalan susur untuk ke kompleks ini.

Kompleks ini juga dapat dihubungi dari arah Hulu Kelang/Batu Caves/Selayang Baru melalui Bandar Baru Selayang, dan dari arah Kepong melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Bukit Idaman.

Pengangkutan awam :-

Bas awam dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ke  arah Rawang atau sebaliknya. Berhenti di persimpangan jajatas. Juga terdapat bas dari Hulu Kelang melalui Bandar Baru Selayang dan hanya sampai di bulatan Majlis Perbandaran Selayang sahaja. (Kesulitan menggunakan perkhidmatan bas awam ialah terpaksa berjalan kaki dari persimpangan jejatas atau dari bulatan Majlis Perbandaran Selayang.)

Teksi bermeter dan 

Kereta sewa

 

 

 

      

Laman Utama  | Misi-Visi | Fungsi/Objektif  | Piagam/Pelanggan |Staf | Statistik | Berita

1
Hosted by www.Geocities.ws