Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

 OBJEKTIF DAN FUNGSI

PIAGAM DAN PANDUAN PELANGGAN

 

Fungsi PPDG 

Objektif PPDG

Piagam Pelanggan PPDG

Panduan Pelanggan PPDG

 

Laman Utama | Sejarah/Lokasi | Misi-Visi | Staf | Berita | Statistik

 

 

 

Fungsi PPDG

 

Matlamat utama penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah ialah sebagai "pengantara" di antara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan sekolah-sekolah dari segi pengurusan dan penyeliaan.

Fungsi Utama :-

Ø   Penempatan dan pertukaran murid/pelajar.
 
Ø   Pertukaran guru dalam daerah.
 
Ø   Penyeliaan terhadap sekolah, guru-guru dan kakitangan 
 
Ø   Pusat pengumpulan maklumat
 
Ø   Perancangan pembangunan infrastruktur dan sekolah termasuk penyelenggaraan
 
Ø   Melantik Pegawai Sambilan Daerah Gombak.
 
Ø   Meluluskan lawatan & pelancongan sekolah.
 
Ø   Menyediakan program kurikulum dan kokurikulum.
 
Ø Pengerusi Panel Pergerakan Gaji (PPG) Guru-guru dan kakitangan sekolah daerah.

ke atas

 

Objektif PPDG

 

Melaksanakan objektif yang ingin dicapai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Negara yang bertujuan untuk memastikan bahawa keperluann tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panajang dan memastikan sistem Pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.  Pejabat Pendidikan Daerah Gombak memainkan peranan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif berikut :-

 Ø  Melaksanakan polisi dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan     kehendak Falsafah Pendidikan Negara

 Ø    Merancang keperluan infrastruktur dan prasarana pendidikan di Daerah Gombak

 Ø  Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif

 Ø  Meningkatkan profesionalisme dan keilmuan dikalangan kakitangan warga pendidik

 Ø  Melahirkan insan yang seimbang dari segi  Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial serta mampu berdaya saing dalam segala aspek menuju Wawasan 2020

 

Piagam Pelanggan PPDG
 

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dengan penuh tekad dan iltizam dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Ø Memastikan setiap pelajar mendapat tempat belajar
 
Ø    Menentukan setiap guru berkhidmat di sekolah dan dapat melaksanakan  pengajaran dan perbelajaran yang berkesan.
 
Ø Meningkatkan pembentukan sahsiah murid-murid melalui penerapan milai-nilai murni dalam program serta aktiviti pembangunan kemanusiaan
 
Ø Memastikan segala pengurusan penilaian dan peperiksaan dilaksanakan dengan cekap, tepat dan selamat
 
Ø Menyalurkan segala maklumat terkini berkaitan pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan kadar segera kepada pihak sekolah.
 
Ø Memastikan semua warga pendidik Daerah Gombak mendapat pendedahan dan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
 
Ø Merancang dan melaksanakan program serta aktiviti bagi meningkatkan sahsiah dan profesionalisme warga pendidik Daerah Gombak.
 
Ø   Sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dan mesra pelanggan.
 
 

balik ke atas

 

Panduan Pelanggan PPDG

Proses Pertukaran Murid Warganegara Malaysia

Proses Kemasukan Murid Asing dan Anak Warga Asing

Proses Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun Satu

Proses Penempatan Pelajar ke Tingkatan Satu/Peralihan Sekolah Menengah

Proses Bersekolah Semula Setelah Berhenti atau Belum Pernah Bersekolah Setelah Mencapai Umur 7 Tahun atau Kemasukan Dari Sekolah Swasta (Bukan Buang Sekolah)

Kemasukan Sekolah bagi Kanak-kanak atau Muird Warganegara Yang Pulang Dari Luar Negara

 

ke atas

 

 

 

 
(Tidak termasuk Anak Warga Asing)

  1                  Dokumen yang diperlukan :-

Ø  Borang P.U.A 275 dari sekolah sekarang lengkap ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar dan cop sekolah.

Ø  Surat Beranak/Sijil Lahir murid

Ø  Dokumen bukti alamat baru tempat tinggal (bil-bil atau kad pengenalan bapa/ibu atau lain-lain dokumen yang jelas menunjukkan alamat tempat tinggal)

Ø  Surat nikah/pendaftaran perkahwinan ibubapa/penjaga atau

Ø  Surat pengesahan hak penjagaan murid sekiranaya telah bercerai/berpisah.

Ø  Sekolah pilihan yang dipohon (sekurang-kurang 2 pilihan) mestilah yang berhampiran dengan tempat tinggal.

 2                 Ibubapa/penjaga yang sah sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan atau wakil yang dilantik secara bertulis dengan mengemukakan salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga yang sah.

 3                 Aliran proses

                  Ø Terima borang P.U.A. 275

Ø Semak borang dan dokumen sokongan

Ø Lengkap, pastikan sekolah yang dipohon terdapat kekosongan mengikut pilihan. Jika semua pilihan tidak ada kekosongan, tawarkan sekolah lain yang berhampiran.

Ø  Setuju dengan sekolah yang ditawarkan atau pilihan, permohonan diluluskan

Ø  Maklumat permohonan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer dan cetakan surat kelulusan diserahkan kepada ibubapa/penjaga termasuk salinan borang permohonan dikepilkan untuk sekolah yang diluluskan atau

Ø  Cop diluluskan dan ditandatangani pegawai meluluskan pada borang permohonan dan diserah kepada pemohon termasuk salinan sekolah diluluskan. (maklumat dimasukkan ke dalam sistem berkomputer kemudian)

Ø  Borang permohonan dan semua dokumen sokongan untuk simpanan pejabat yang meluluskan.

Ø  Permohonan yang tidak lengkap atau dokumen sokongan yang tidak mencukupi atau diragui akan ditolak.

Ø  Permohon yang tidak bersetuju dengan sekolah yang ditawarkan atau permohonan tidak dapat diluluskan, atas sebab tidak ada kekosongan atau sekolah yang dipohon/dipilih bukan atas dasar berhampiran dengan tempat tinggal akan diberi peluang atau tempoh untuk menerima dan pejabat akan menolak permohonan yang enggan menerima sekolah yang ditawarkan.

Ø  Semua permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan sesebuah sekolah yang dipohon/dipilih. Tidak ada pilihan sekolah mengikut merit dan

Ø  Kelulusan hanya diberikan kepada permohonan ke sekolah yang paling hampir dengan tempat tinggal mengikut keutamaan dan kekosongan.

Ø  Tidak ada tempahan (booking) tempat bagi memasuki sesebuah sekolah.

ke atas

 

 

 
(Termasuk Anak Warga Asing)
 

1.    Dokumen yang diperlukan :-

      a) Borang P.U.A 275 (Permohonan Kemasukan Murid Asing Termasuk Anak Warga Asing, boleh didapati di semua PPD.)     

b) Salinan Sijil Lahir  

c) Salinan Pasport anak, bapa dan ibu atau Permit Masuk atau  

d) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa (jika ada)

 

2.      Hantar borang permohonan dan salinan dokumen untuk kelulusan Kemasukan Murid Warga Asing ke :-

 

Pendaftar Sekolah Selangor,

Unit Pendaftaran & Perhubungan,

Jabatan Pendidikan Selangor,

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,

40604 Shah Alam.

            

3.      Terima jawapan kelulusan bersekolah di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan.

 

4.      Hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah bersama :-
 
a) Dokumen seperti di atas, para 1 (b), (c) & (d) (asal & 3 salinan)
b) * Surat Kelulusan dari Pendaftar Sekolah Selangor, para 3 (asal & 3 salinan)
c) Terdapat 3 jenis surat kelulusan :-  
                     i)   Diluluskan dengan syarat mendapat Pas Pelajar dan dikenakan Fee Murid Asing  
                   ii)    Diluluskan dengan syarat Tidak Perlu Pas Pelajar dan dikenakan Fee Murid Asing  
                   iii)  Diluluskan tanpa perkara pada para 4.c.i & ii di atas tetapi tidak layak menerima pinjaman SPBT dan mendapat kemudahan AMP/RMT.  
          d)  Para 4.c.i, pemohon akan dibekalkan dengan Borang MA-1 dan dokumen para 4.a & b (asal & sesalinan) untuk dibawa ke Jabatan Imigresen bagi mendapatkan Pas Pelajar atau Surat Akuan Tidak Perlu Pas Pelajar (mana yang berkenaan)
 
       e) Setelah mendapat Pas Pelajar atau Surat Akuan Tidak Perlu Pas Pelajar (mana yang berkenaan), pemohon dikehendaki menjelaskan Fee Murid Asing.  
                        i)         Hadir semula ke PPD dengan dokumen :-

 

                              1.       Pas Pelajar atau pengesahan tidak dikenakan Pas Pelajar dari Jab. Imigresen (mana yang berkenaan) dan 2 salinan

 

                              2.      Resit bayaran Fee Murid Asing dan 2 salinan
 
f)       Bagi para 4.c.ii. pemohon hanya dikehendaki menjelaskan Fee Murid Asing dan hadir ke PPD bersama resit dan 2 salinan bayaran Fee Murid Asing.
g)       Atau bagi kes para 4.c.i & ii, pemohon dibenarkan menjelaskan Fee Murid Asing terus sebelum hadir ke PPD atau sebelum urusan selanjutnya seperti para 4.d, e & f

           

5.       Surat Penempatan ke sekolah dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat :-  
 
          a.       Hingga tamat tempoh Pas Pelajar
                           i.      Bagi yang dikenakan Pas Pelajar  
                          ii.      Surat hanya membenarkan besekolah mulai dari tarikh
                                   dikeluarkan hingga tamat tempoh Pas Pelajar.
                         iii.      Tertakluk pula pada bayaran Fee Murid Asing bagi sesi
                                    persekolahan baru walau Pas Pelajar belum tamat.  
                         iv.      Pas Pelajar bukan sebagai tiket utama meneruskan
                                    persekolahan
    1. Penjelasan Fee Murid Asing

                            i.      Surat meletakkan syarat bayaran Fee Murid Asing hendaklah dijelaskan sebelum bermulanya sesi persekolahan berikutnya dan tidak layak bersekolah, sekiranya gagal berbuat demikian.

    1. Semua surat penempatan, kemasukan Murid Asing atau Anak Warga Asing disyaratkan Tidak Layak Menerima Bantuan Pinjaman SPBT(Skim Pinjaman Buku Teks) dan Bantuan AMP/RMT (Amalan Makanan Pemakanan/Rancangan Makanan Tambahan)
6.                Penempatan bergantung kepada kekosongan sesebuah sekolah yang berhampiran atau mengikut sekolah yang diluluskan di dalam Pas Pelajar (jika berkaitan) dan tidak ada pilihan.  
7.             Murid asing akan ditamatkan persekolahan jika gagal memperbaharui Pas Pelajar dan tidak menjelaskan Fee Murid Asing atau salah satu yang berkenaan atau tidak layak menyambung persekolahan jika salah satu atau kedua-dua syarat tersebut tidak dipenuhi.

ke atas

 

 

Proses Pendaftaran Murid Tahun Satu Sekolah Rendah

(Tidak termasuk Murid Asing & Anak Warga Asing)

 

1.    Pendaftaran hanya dilakukan di sekolah

2.      Dokumen yang diperlukan:-

                      i.                 Surat Beranak/Sijil Lahir murid

                     ii.                Bukti alamat tempat tinggal (kad pengenalan atau bil atau lain dokumen yang jelas menunjukkan alamat tempat tinggal)

                    iii.                 Surat nikah/pendaftaran perkahwinan ibubapa / penjaga atau

                     iv.                Surat pengesahan hak penjagaan ke atas murid sekiranaya telah bercerai / berpisah.

 

3.      Pendaftaran hanya bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur 7 tahun sebelum sesi persekolahan beikutnya.

 

4.      Pengesahan Penempatan dijalankan sepanjang September, tahun sebelum kanak-kanak mencapai umur 7 tahun.

            i.      Sila bawa surat pendaftaran dan Sijil Lahir/Surat Beranak.

                ii.     Ibubapa/penjaga akan menerima Surat Penempatan Sekolah

 

5.      Ibubapa/penjaga yang tidak bersetuju dengan penempatan, boleh mengemukan rayuan penempatan semula melalui sekolah tempat mendaftar dan dikehendaki hadir semula dalam lat tempoh selepas sebulan untuk mengetahui keputusan rayuan.

 

6.      Proses Pendaftaran, Penempatan dan Penempatan Semula Rayuan dijalankan secara berkomputer malalui Sistem Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Sekolah (SppkS)

 

7.     Lapor diri ke sekolah di mana kanak-kanak ditempatkan bagi memastikan tempat dan mendapatkan maklumat persekolahan dari sekolah berkenaan. Kegagalan akan menyebabkan tempat akan diisi oleh kanak-kanak lain.

 

8.      Penempatan tidak tertakluk kepada tempat mendaftar dan keutamaan kepada  pendaftaran awal serta mengikut sekolah yang paling hampir dengan tempat tinggal (mengikut bukti yang sah)

 

ke atas

 

 

 

Penempatan Murid  Yang Tidak Pernak Bersekolah Selepas Berumur 7 Tahun atau Telah Berhenti Sekolah atau Kemasukan Dari Sekolah Swasta

(bukan dibuang sekolah)

 

1.       Dokumen yang diperlukan:-  

 

         Ø Melengkapkan Borang ASBS (2 salinan) yang boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah atau di sekolah yang berhampiran dengan percuma.

 

   Ø Tandatangan Guru Besar & Pengetua sekolah terdahulu (jika berkenaan)  

   Ø Sijil berhenti sekolah dari sekolah terdahulu atau surat akuan pernah bersekolah dari sekolah swasta.  

   Ø Salinan surat lahir/surat beranak dan kad pengenalan

   Ø Salinan Kad Pengenalan Bapa  

   Ø Dokumen bukti alamat  

 

   Ø Sampul surat 4” x 9” beralamat sendiri dan bersetem 30 sen

 

2.     Jawapan kelulusan bersekolah dan penempatan akan dikirim melalui pos dalam tempoh 2 minggu dari tarikh terima (bergantung kepada pos)

 

3.     Penempatan tertakluk kepada kekosongan  sekolah yang paling hampir  dengan tempat tinggal atau yang dipohon (bukan berdasarkan merit)

 

4.     Penempatan adalah muktamad

 

 

ke atas

 

 

 

Kemasukan Murid Warganegara

Yang Pulang Dari Luar Negara

(belum atau pernah bersekolah di Malaysia)

 

1.            Lapor diri dengan bukti ke luar negara di;

            Sektor Pengurusan Sekolah
            Jabatan Pendidikan Selangor
            Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
            40604 Shah Alam

2.            Dokumen diperlukan :-  

               Ø              Sijil Berhenti sekolah terdahulu (jika berkenaan)  

               Ø              Keterangan persekolahan di luar negara  

               Ø              Sijil Lahir Anak/Pendaftaran Warganegara Anak

               Ø              Kad pengenalan bapa/ibu

 

    3.          Penempatan dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan tidak tertakluk kepada sekolah yang terdahulu. Bergantung kepada kekosongan sesebuah sekolah mengikut yang paling hampir dengan tempat tinggal.

 

ke atas

 

 
(Tidak termasuk Murid Asing & Anak Warga Asing)
 
1.     Borang pilihan ke sekolah menengah,  diedarkan semasa  murid  belajar di Tahun 6 sekolah rendah.
 
2.     Pemberitahuan penempatan dijalankan semasa murid di Tahun 6
 
3.     Ibubapa yang tidak bersetuju dengan penempatan, hendaklah mengemukakan rayuan penempatan semula melalui Guru Besar dengan menlengkapkan Borang X
 
4.     Rayuan Penempatan Semula dan keputusan rayuan dilakukan di sekolah rendah lagi.

 

5.     Semua proses penempatan, rayuan dan penempatan semula dijalankan secara berkomputer dengan Sistem Penempatan Pelajar ke Sekolah Menengah (SppSM) termasuk cetakan surat penempatan pertama dan penempatan semula.  
6.      Murid dikehendaki melapor diri dengan membawa rekod persekolahan dan surat penempatan ke sekolah menengah  yang ditempatkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sessi persekolahan baru dibuka.
7.      Murid diwajibkan hadir  pada hari pertama sesi persekolahan  walaupun sedang menunggu keputusan permohonan atau penempatan ke sekolah lain.

 

ke atas

 

 

  

 

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu  secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"

 

ke atas

 

 

 

 

1.    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara

2.    Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapal dan gagah menghadapi pelbagal masalah. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah pada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3.    Usaha mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman, matang dan demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang bersatupadu, adil, stabil dan progresif. Matlamat-matlamat ini akan dapat dicapai di dalam keadaan ekonomi yang berkembang dengan pesat supaya tidak ada mana-mana golongan mengalami kerugian atau merasa hak-hak mereka diketepikan.

4.    Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5.    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak-ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagal kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan pada satu negara.

6.    Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyal daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7.    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri serta kebajikan insan tidak sahaja berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8.    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama dalam erti kata wujudnya perkongsian di bidang ekonomi sepenuhnya bagi setiap rakyat Malaysia, dan

9.    Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

ke atas

Hosted by www.Geocities.ws

1