PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK

Sekapur Sirih
Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dapat mengorak langkah mengubahsuai dan mengemaskini Laman Web kepada Wajah Baru dan kelihatan lebih menarik dari Laman Web terdahulu.

         Banyak maklumat terkini terdapat dalam laman web ini. Selain daripada maklumat PPD sendiri, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, sedang berlangsung  dapat dimuatkan, begitu juga dengan aktiviti yang telah berlalu. Sedikit masa lagi Mini Album PPD iaitu Album Gambar aktiviti-aktiviti PPD masa lalu dan Bank Soalan akan dimuatkan ke dalam laman web baru ini Insya-ALLAH.

         Seiring dengan Program “ Bersama Gombak Maju ” dan kecanggihan ICT maka saya menyeru agar semua sekolah dapat mengemaskini laman web masing-masing dan yang masih belum ada akan dapat membangunkan dengan kadar segera.

          Tahun ini adalah tahun yang mencabar kita semua apabila cara kita berkomunikasi akan berubah sedikit masa lagi. Pihak Jabatan Pendidikan Selangor kini mengirimkan surat penggilan mesyuarat dan minit mesyuarat ke PPD melalui “Electronic Mail” (email) tanpa melalui pos. Kaedah ini sungguh mudah cepat dan murah. Untuk menggalakkan penggunaan email pihak Jabatan dengan kerjasama Telekom Malaysia mengadakan promosi pendaftaran Talian Internet. Malah bil-bil Internet boleh dibayar oleh pihak Jabatan.

         Saya berpandangan PPD Gombak seawal tahun 2002 boleh mengamalkan sistem surat elektronik apabila semua sekolah di Gombak telah melanggan Internet dan membina laman web masing-masing. Tahun-tahun mendatang pendaftaran peperiksaan akan dibuat melalui Internet sekiranya sekolah tidak mempunyai talian Internet ini akan menimbulkan masalah. Tahun ini PPD akan mengadakan Pertandingan Laman Web antara sekolah dan diharapkan semua sekolah mengambil bahagian.

          Akhir kata semoga "Bersama Gombak Maju" bukan sekadar dalam akademik dan kokurikulum, malah dalam ICT juga.

“BERSAMA GOMBAK MAJU”

"KEPUTUSAN BERSAMA KEKUATAN KITA" 

Ismail bin Sulaiman
Pegawai Pendidikan Daerah Gombak.
 
  balik semula ke laman utama
Hosted by www.Geocities.ws

1