ENAM
PERSOALAN HIDUP
Oleh : Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu
Imam Al-Ghozali bertanya,
1 -
Pertama,
"Apa yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan
kerabatnya.
Imam
Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi
yang paling dekat dengan kita adalah "mati".
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan
ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.
" Apa yang paling jauh dari diri
kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan
bintang-bintang. Lalu
Imam
Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah
benar.
Tapi yang
paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan
kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu
kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang
ketiga.
" Apa
yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua
jawapan itu benar kata Imam Ghozali.
Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru
nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan
aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt.
untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka
terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi)
tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai
mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran
dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
( Surah Al A’araaf 179 )
Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah,
" Apa
yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang
menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam
Ghozali,
tapi yang
paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab
amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang
ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat
kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan
Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia
tidak bisa memegang amanahnya.
5 -
Pertanyaan yang kelima adalah, "
Apa yang
paling ringan di dunia ini?".
Ada yang
menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata
Imam Ghozali,
tapi yang
paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat.
Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita
tinggalkan solat.
6 -
Lantas
pertanyaan ke enam adalah,
" Apakah
yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam
Ghozali,
tapi yang
paling tajam adalah "lidah manusia".
Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri.