MENU PEMUDA
Muka Utama
Pengenalan
Organisasi
Cawangan
Aktiviti Pemuda
Pusat Khidmat
 Kaunseling
Tazkirah
Capaian Pilihan
Semak SPR
Buku Tetamu

 

 


 

SEJARAH
LAMAN WEB DPPK BUKIT GANTANG


Idea untuk mengujudkan Laman Web rasmi untuk Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang adalah hasil daripada usul yang diketengahkan oleh perwakilan pemuda Pas Changkat Ibol dalam muktamar Agung Pemuda Pas Kawasan Kali Ke-18 dan melalui perbincangan secara resmi semasa mesyuarat AJK Dewan Pemuda pada bulan Mei, 2002 baru-baru ini berikutan dengan itu, tugas ini diserahkan kepada Sdr. Mohd Idris Hj. Zakaria untuk melakukan tugas awal perlaksanaannya. 

Dengan menggunakan sedikit pengetahuan asas dan pengalaman ketika membangunkan laman web Pemuda Pas cawangan Changkat Ibol beliau sebagai, WebMaster dan dibantu oleh beberapa orang AJK Pemuda PAS Kawasan, dengan segera telah mula mengorak langkah membangunkan laman web terbabit pada penghujungl bulan Mei 2002. Dengan menggunakan server Geocities manakala back up  melaui server Netfirm dan Tripod, laman web DPPK Bukit Gantang dengan lengkap telah mula dipamer dan dibuka pada 16 hb, Julai 2002 secara percubaan setting. Di sini webmaster telah menggunakan teknologi javascript, HTML4, CSS, java, DHTML dan mungkin percubaan awal Flash 4 ,PHP, Perl, ASP akan menyusul kemudian jika ada kesempatan masa..

Setelah mendapat sokongan Ketua Pemuda DPPK dan rakan-rakan AJK DPPK, laman web ini akan dilancarkan secara resmi dalam beberapa bulan dari sekarang dan seterusnya hebahan secara meluas akan dibuat selepas perasmian terbabit dibuat.. Webmaster seterusnya akan membuat pengiklanan dengan menghantar e-mail kepada WebMaster Laman Web lain-lain organisas, pertukaran iklan dan mengiklankan di dalam search engine yang tertentu.

Laman Web DPPK Bukit Gantang InsyaAlLah akan sentiasa dipertingkatkan kualiti seiring dengan ilmu WebMaster. Mungkin kita merancang membina semua laman web bagi cawangan-cawangan PAS di dalam kawasan Bukit Gantang yang mempunyai design yang sama dan beberapa siri kuliah tentang cara-cara membina laman web akan dibuat kepada khalayak ahli-ahli PAS terbabit . Pembinaan laman web yang sama dari segi design bagi setiap cawangan lebih mudah dan menjimatkan masa dan wang kerana adalah satu tugas yang mudah meniru kembali benda yang dah pun wujud.

Harapan WebMaster agar Laman Rasmi DPPK Bukit Gantangr ini dapat memberi sumbangan berterusan kepada perkembangan PAS khasnya di Kawasan Bukit Gantangr melalui teknologi IT.
@ALLAHUAKHBAR !!

 

You are the visitor number

FastCounter by bCentral

© Copyright 2002, Pemuda Pas Kawasan Bkt. Gantang. All Rights Reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1