Masa Lapang
Sebelum Ini Naik Selepas Ini

 

  • Hobi

Semasa di sekolah rendah dahulu, saya suka mengumpul setem. Sewaktu di darjah 4, guru kelas saya telah menghadiahkan sebuah buku setem kepada saya. Pemberian beliau menjadikan saya bersemangat untuk mengumpulkan setem. Namun begitu, sebaik sahaja saya melangkah ke sekolah menengah, minat mengumpul setem berhenti dengan tiba-tiba.

 

 

  • Rekreasi

 

Saya suka mendaki gunung, mandi sungai, jungle trekking dan melawat ke pantai apabila ada masa lapang. Sewaktu di STAR, saya pernah mengikuti beberapa aktiviti rekreasi luaran yang bercorak alam sekitar. Persekitaran yang indah dan menghijau amat mendamaikan jiwa dan perasaan saya. Pemandangan laut yang membiru, ombak yang memutih dan burung camar yang berterbangan turut mendamaikan mata yang memandang.

 

 

  • Penulisan

Saya juga banyak menghasilkan sajak, puisi dan pantun. Di STAR, ada beberapa diantaranya pernah diterbitkan dalam majalah sekolah, PERINTIS pada tahun 1995.

 

 

  • Permainan Komputer

Saya gemarkan permainan komputer yang berbentuk strategi. Permainan strategi memaksa saya untuk menggunakan keupayaan berfikir secara kritikal dan analitikal secara sistematik demi memastikan kejayaan dan kemenangan. Keupayaan ini jika digabungkan dengan sedikit kreativiti akan menghasilkan permainan yang menarik dan menggembirakan. Antara permainan yang saya gemari ialah:

  1. Command & Conquer Red Alert (Westwood Studio)
  2. Command & Conquer Tiberian Sun (Westwood Studio)
  3. Sim City 3000 (Maxis)
  4. The Sims (Maxis)
  5. Settlers 3 (Blue Byte)
  6. Age Of Empires (Microsoft)

 

Kembali ke Halaman Minat

Kembali ke Halaman Utama

© 2000 by PawanaRazisma™. All rights reserved ®. All trademarks are the property of their respective owners.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1