|
|
Selain buku-buku formal yang saya perlu baca untuk menambahkan pengetahuan, saya turut membaca komik. Kepelbagaian bahan bacaan membolehkan saya mendapatkan seberapa banyak maklumat untuk kegunaan saya pada masa akan datang. Pada masa yang sama ia juga boleh merehatkan minda.
Saya seringkali menganggap buku-buku teks sebagai sebuah buku cerita. Anggapan ini membolehkan saya memahami isi kandungannya dengan lebih pantas dan berkesan. Biasanya bahan bacaaan ini adalah dalam bentuk bahasa Inggeris. Dahulu, penguasaaan bahasa Inggeris saya sangat lemah. Saya terpaksa membeli sebuah kamus terjemahan Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu semata-mata untuk memahami segala perkataan yang terdapat di dalam suratkhabar seperti NST dan STAR. Kini saya hampir tidak memerlukan kamus lagi untuk membaca dalam bahasa Inggeris.
Saya biasanya membaca komik-komik ini apabila masa rehat saya banyak dan saya tiada kerja yang perlu disiapkan. Saya mempunyai koleksi Pendekar Laut dari bilangan 1 - tamat. Ia meliputi Generasi 1 - 3. Begitu juga dengan Mutiara Naga, dari bilangan 1 - tamat.
© 2000 by PawanaRazisma™. All rights reserved ®. All trademarks are the property of their respective owners.
|