|
|
Saya boleh mendengar pelbagai rentak dan irama muzik tetapi sehingga kini hanya NASYID dan METAL sahaja yang paling saya minati dan telah sebati dengan jiwa saya.
Saya mula mendengar irama metal sejak sekolah rendah lagi. Bermula dengan Metallica, saya berjinak-jinak pula dengan irama metal yang lain. Akhirnya saya mendapati, Speed & Power Metal adalah serasi dengan jiwa saya, sama dengan irama nasyid. Jika saya menghadapi tekanan, stress atau kesukaran untuk melelapkan mata di waktu malam, saya akan mendengar sama ada nasyid ataupun metal. Percaya atau tidak, saya akan terlena apabila irama-irama itu dimainkan. Sehingga kini, saya telah mempunyai hampir 100 buah kaset kumpulan-kumpulan metal yang dinyatakan di atas.
Selain daripada irama-irama yang dinyatakan di atas, saya turut mendengar irama klasik terutamanya karya Bach, Beethoven, Vivaldi dan lain-lain lagi. Irama klasik dapat membantu meningkatkan daya ingatan, penumpuan dan dapat melapangkan fikiran.
© 2000 by PawanaRazisma™. All rights reserved ®. All trademarks are the property of their respective owners. |