|

Sejak memiliki sebuah komputer peribadi sendiri, semangat ingin tahu saya
terhadap komputer semakin tinggi. Saya mula cuba untuk mempelajari dengan lebih
mendalam lagi tentang komputer saya. Saya kemudiannya mula mengenali setiap komponen dalam CPU
dan fungsi setiap komponen tersebut.
Kini saya telah menjadi PC Consultant
kepada ramai rakan-rakan
dan orang perseorangan. Setelah lebih 3 tahun melibatkan diri membaikpulih dan memasang komputer, saya
merasakan kebolehan saya setanding dengan mana-mana PC Technician.
Di samping itu, saya turut menambahkan pengetahuan dalam bidang pemasangan
dan baikpulih ini untuk memastikan saya tidak tertinggal dengan kemajuan
teknologi perkomputeran yang semakin pesat.
Saya sudi menjawab pertanyaan anda sekiranya saya tahu. Jika tidak, saya akan
minta bantuan daripada rakan-rakan yang lain untuk membantu anda. Jika anda ada
sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada saya melalui email.
| Processor |
AMD K6 - 2 - 3D 500 MHz |
| Mainboard/Motherboard |
ASUS P5A-B (AT Form Factor) |
| Random Access Memory |
Siemens 128 MB SDRAM |
| CD-ROM Drive |
Creative Infra 52X |
| Hard Disk Drive |
Quantum Fireball CR 8.4 GB |
| Floppy Disk Drive |
Samsung 1.44 MB |
| Display Card |
Creative Labs Graphics Blaster 3D 4MB (PCI) |
| Sound Card |
ESS 1868 (ISA) |
| Modem (external) |
Lucent Venus Serial Voice Modem 56K |
Saya seringkali ditanya tentang perkara-perkara asas yang perlu diberi
perhatian jika hendak membeli komputer. Di sini saya senaraikan beberapa perkara
penting yang seharusnya diberi perhatian oleh anda supaya komputer yang anda
beli adalah berbaloi dengan wang yang anda laburkan. Pilihan yang bijak menjamin
masa depan pelaburan anda.
Sebelum Membeli
- Berapakah wang yang ingin saya laburkan ?
- Sudahkah saya mengenalpasti jenis-jenis komponen yang sesuai dengan
kegunaan saya ?
- Sudahkah saya mendapatkan maklumat
yang lengkap dan tepat tentang
konfigurasinya ?
- Sudahkah saya membandingkan harga
bagi konfigurasi yang sama dengan kedai yang
lain ?
- Adakah kehidupan saya akan bertambah baik jika saya membelinya ?
Semasa Membeli
- Pastikan setiap komponen perkakasan (hardware) anda mempunyai jenama yang jelas kelihatan
dan tidak kabur.
- Pastikan setiap komponen perkakasan (hardware) anda mempunyai pemacu
(driver)
yang datang dari jenama yang sama dengan komponen yang anda beli.
- Tanya tempoh jaminan bagi setiap komponen kerana setiap komponen
berbeza tempoh jaminannya.
- Elakkan membeli mainboard/motherboard yang mempunyai
ciri-ciri terbina dalam (built-in) yang banyak seperti sound, vga,
modem dan lain-lain.
-
Tanyakan apakah komponen lain yang anda boleh dapat
secara percuma dengan pembelian itu contohnya diskette, mouse,
mousepad, PC cover dan lain-lain lagi.
Sesudah Membeli
- Pastikan anda mendapat invois/resit yang betul dan tertulis setiap
komponen yang anda beli.
- Pastikan nombor telefon kaunter perkhidmatan selepas beliannya
(after
sales service) betul dan boleh dihubungi apabila anda ada masalah
kemudiannya.
- Minta kad perniagaan kedai itu sebelum anda pulang.
- Pastikan segala device driver (cd & diskette) dan buku
mainboard/motherboard disimpan dengan baik dan jangan hilangkannya.
Kembali ke Halaman Minat Kembali
ke Halaman Utama
©
2000 by PawanaRazisma™. All rights reserved ®. All trademarks are the
property of their respective owners.
|