The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
Tahun 1978 merupakan tahun yang bersejarah bagi persatuan seni beladiri, " silat semula jadi". Persatuan ini ditubuhkan pada tanggal 10hb.Mei, 1978 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh persatuan seni silat kalimah yang telah lama wujud di Maktab ini. Setelah mendapat persetujuan dari tuan pengarah pengajian, persatuan seni silat kalimah terpaksa dibubarkan kerana timbulnya masaalah ketiadaan jurulatih dan beberapa perkara lain yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum penubuhan persatuan ini, pada tanggal 30hb. April, 1978 serombongan putera-putera pencinta seni silat yang diketuai oleh Ustaz Ghazali bin Haji Abdul Rahman dan Encik Amran bin Maskor telah mengadakan satu tinjaun atau lawatan pengenalan ke Desa Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan untuk meninjau pergerakan Seni Silat Semula Jadi Cawagan Batang Benar .Rombongan kami disambut dengan meriah serta dipertunjukkan dengan bermacam-macam jenis seni silat dan termasuk Silat Semula jadi sebagai acara kemuncak pada hari itu .

Selanjutnya pada tanggal 13hb.Mei 978, persatuan yang baru dibentuk itu dirasmikan oleh Tuan Komandan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid MTD yang dihadri sama oleh Pengarah Pengajian, Mahaguru SSSJM Tok Nawi, AJK SSSJM dan guru-guru Penasihat SSSJM Cawangan MTD.

Berikutan dengan perasmian itu maka Mahaguru SSSJM Tok Nawi telah membuka gelanggang baru di halaman masjid MTD. Para ahli SSSJM Cawangan MTD telah menjalani 'Mandi Berlimau' oleh Mahaguru Tok Nawi dan upacara ini diakhiri dengan satu persembahan permainan SSSJM oleh para anggota lamanya.

Tujuan seni silat ini ditubuhkan di Maktab ini ialah:

Untuk menanamkan semangat keperwiraan di kalangan
putera-putera.
Untuk mengembangkan Seni Silat Semula Jadi di
Maktab sebagai satu daripada aktiviti-aktiviti
luar darjah.
Untuk memperkenal dan mengembangkan salah satu
daripada seni Budaya Bangsa Melayu di kalangan putera-putera.
Persatuan ini mempunyai ahli seramai 40 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar Islam sahaja. Mereka menjalani latihan dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu, jam 1600 hingga1800. Persatuan ini mendapat 4 orang jurulatih tetap yang bertauliah dan dengan didikasi dan semangat ingin mengajar, kebolehan dan ketangkasan yang mereka tunjukkan, persatuan terasa begitu bangga sekali.

Persatuan ini lebih banyak bergiat di dalam Maktab sahaja iaitu menjalani latihan dan insya Allah di tahun hadapan rancangan kegiatan akan meliputi aktiviti-aktiviti di luar Maktab, seperti mengadakan lawatan serta pertunjukan-pertunjukan akan dijalankan.

Persatuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai dan guru penasihat serta jurulatih-jurulatih di atas didikan semangat dan latihan yang mereka berikan kepada ahli-ahli persatuan ini, Harapan kami moga-moga kejayaan yang cemerlang dapat dicapai di tahun-tahun yang akan datang.

PESAKA HULUBALANG MELAYU
Hosted by www.Geocities.ws

1