The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
(kiri ke kanan) Encik Loh Meng Tiang, PRK Tay Ching An, Encik Khong Kah Yoong.
(kiri ke kanan) Zubir Md Isa, Ahmad Shaharudin Hamid, Romlee Yahaya, Mohamed Ibrahim, Hamzah Hassan.

Guru-guru Penasihat:

Presiden:
Setiausaha:
Bendahari:
Pembantu Bilik Gelap:

En Loh Meng Tiang
En Khong Kah Yeong
PRK Tay Ching An
Hamzah Hassan
Romlee Yahya
P/Sin Zubir Mat Isa
Wan Zaidi Wan Omar


Mesyuarat agung kelab ini telah diadakan pada 31hb Januari 1978 untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. Dalam mesyuarat itu juga, Ahli Jawatankuasa dan Guru Penasihat Kelab membentang dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun 1978

Pada tahun ini, kelab telah berjaya menarik ramai putera tahun satu dan dua untuk menjadi ahli. Buat pertama kalinya keahlian kelab ini telah meningkat kesembilan puluh orang.

Pada Penggal Pertama, Presiden Kelab dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa dan Guru Penasihat telah mengadakan kelas untuk mengajar ahli baru tentang cara-cara menggunakan kamera. Ahli-ahli juga diajar cara-cara mencampur bahan-bahan bagi kegunaan mengecap gambar serta teknik-teknik mengecap gambar.

Pada penggal kedua sebuah lagi kamera SLR telah dibeli untuk melicinkan lagi perjalanan kelab dan memberi lebih banyak peluang bagi ahli-ahli menggunakan kamera. Setakat ini kami telah mempunyai dua buah kamera SLR. Pada penggal ini kami telah cuba mengadakan lawatan ke Bukit Fraser untuk melatih ahli-ahli tentang teknik pengambaran di kawasan pergunungan. Tetapi ianya dibatalkan pada saat-saat terakhir kerana masaalah ketiadaan kenderaan. Kami berharap dengan kerjasama Maktab perkara seperti yang telah berlaku itu tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Kelab ini juga mengambil gambar ukuran 'passport' bagi semua putera tahun satu. Mereka hanya dikenakan bayaran yang rendah sahaja kalau dibandingkan dengan harga yang biasa dari kedai gambar di luar.

Pada Penggal Ketiga pula, kelab telah melaksanakan satu projek mengecap Poskad pemandangan Maktab. Hasil dari jualan poskad ini akan digunakan untuk membeli sebuah "Zoom lens". Sambutan daripada putera-putera terhadap projek ini sangat memuaskan.

Akhir sekali, semua ahli Kelab Senifoto mengucapkan terimakasih kepada Guru-guru Penasihat yang telah memberi tunjukajar dan bimbingan mereka untuk melicinkan lagi perjalanan kelab ini.

Hosted by www.Geocities.ws

1