Kelantan

  Malaysia | Kedah | Kelantan|


Sejarah Negeri Kelantan

Negeri kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Ku Umar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.


Budaya Negeri Kelantan

Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu



Makanan Terkenal di Kelantan

Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Antaranya ialah keropok lekor, budu, nasi dagang, nasi kerabu, buah tanjung, lompat tikam,ayam dan ikan percik, kerabu sagheh, jala mas dan lain-lain. Budu  dihasilkan daripada ikan yang diperam dalam tempayan manakala kuih buah tanjung dan kuih tahi lalat dihasilkan daripada kuning dan putih telur.


Nasi Dagang                    Budu




Tempat Menarik di Kelantan

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.






Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.

Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.



Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.