Malaysia | Kedah | Kelantan |
 Sejarah Nama Negeri Kedah
 Nama negeri Kedah mempunyai pesamaan dengan nama khedah yang bermaksud perangkap gajah.Nama purba kedah ialah  Kadaram yang                                                    bermaksud kuali besar dan Kalagam pula bermaksud warna hitam. Menurut catatan sejarah, Kedah dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang- pedagang India. 

 
Budaya Negeri Kedah
 

Terdapat beberapa jenis teater tradisional yang masih wujud di Kedah seperti Mek Mulung, Menora Kedah, Jikey dan Wayang Kulit Gedek
(atau Wayang Gedek). Di Kedah, terdapat dua jenis persembahan Jikey iaitu Jikey Kedah dan Jikey Langkawi. Suatu ketika dahulu, negeri
Kedah terkenal dengan persembahan Makyong Kedah yang kini telah pun pupus. Begitu juga dengan Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Melayu
yang pernah bertapak di negeri Kedah.


                                                                                                                                                                                                            
         
           Makyong Kedah                                                Tarian Menora Kedah                    Wayang Kulit Kedah




Makanan terkenal di Negeri Kedah

Setiap negeri juga mempunyai makanan terkenal yang tersendiri. Begitu juga dengan negeri kedah. Di negeri Kedah makanan yang terkenal seperti pasembor,
laksa kedah,mee udang pulau sayak, kuih karas, dodol. Setiap makanan ini mempunyai rasa yang berbeza. Contoh laksa kedah, laksa kedah mempunyai perbezaan dari segi kuah. Ia diperbiat daripada isi ikan kembong . Manakala pasembor Kodiang pula merupakan salah satu makanan yang terkenal di Kedah juga.



                      

Pasembor               Mee Udang                Laksa Kedah



Tempat yang menarik di kedah

PULAU LANGKAWI
Dikenali sebagai Permata Negeri Kedah, Langkawi adalah sebahagian daripada gugusan 99 buah pulau dan salah sebuah destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dikelilingi air laut zamrud yang berkilauan dan pesisiran pantai yanng berpasir halus, pulau tropika yang indah ini mempunyai beberapa tarikan semula jadi yang terhebat di rantau ini, justeru dianugerahkan status Geopark Global UNESCO pada tahun 2007. Pulau ini diselubungi mitos dan misteri, menjadikannya sebuah destinasi yang menarik dan mengujakan.
  
Muzium Arkeologi Lambah Bujang - KedahMUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Merbok
Lembah Bujang adalah tapak tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara, dipercayai berusia lebih daripada 2000 tahun. Terdapat lebih daripada 50 binaan purba yang dikenali sebagai candi serta hampir 1,000 artifak telah ditemui setakat ini.
  
MENARA ALOR SETAR
Menara Alor Setar yang serba moden adalah salah satu daripada mercu tanda bandar ini yang paling unggul. Dengan ketinggian 165.5m, menara ini adalah menara telekomunikasi yang ke-19 tertinggi di dunia. Menara ini dilengkapkan dengan pelantar pemerhati dan restoran berputar.
  
MUZIUM PADI
Kota Setar
Terletak di kaki Gunung Keriang, Muzium Padi mengandungi bahan pameran dan maklumat tentang padi. Pelantar berputar di aras tiga memberikan pemandangan 360˚ mural tampak hidup yang menggambarkan sawah padi dan kawasan sekitarnya serta proses menuai padi.
  
TREE TOP WALK
Kulim
Berukuran sepanjang 950m, Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim adalah laluan kanopi yang terpanjang di dunia di mana kehijauan persekitaran yang sungguh indah dan burung, ungka serta pelbagai jenis hidupan liar dapat dilihat. Sungai Sedim mengalir di bawahnya, di mana aktiviti berakit redah jeram dan berkayak boleh dinikmati.