Pengenalan sikit. Bongkah yang di tengah-tengah tidak akan bergerak. Ini bermakna jika bongkah yang di pusat berwarna putih, maka permukaan tersebut adalah sepatutnya berwarna putih.
Sebagai langkah pertama, kita siapkan satu permukaan dahulu.
Sepatutnya tak jadi masalah untuk siapkan satu permukaan. Apabila kita berkata menyiapkan satu permukaan, ini bermakna permukaan tersebut dan lapisan pertamanya mesti sempurna warnanya.
Gambar 1 menunjukkan kononnya dah siap satu permukaan. Perhatikan, walaupun permukaan teratas semuanya berwarna putih tapi lapisan pertama di sisinya tidak seragam. Ini menunjukkan bahawa bongkah-bongkah tersebut tidak berada pada posisi yang betul.
Gambar 2 menunjukkan permukaan sewarna yang SEMPURNA. Apabila kita meletakkan bongkah-bongkah pada tempatnya yang betul, secara automatik lapisan pertama telah berjaya disiapkan.
Kalau korang tak paham jugak macam mana nak letakkan bongkah ke tempat yang diingini, bolehlah rujuk kepada kaedah dalam jadual di bawah.
( setiap rajah mewakili pergerakan 90 darjah menurut arah anak panah melainkan dinyatakan ).