http://www.geocities.com/ninjamerah

LANGKAH 4 : Menyusun Posisi Bongkah
Sasaran kita pada peringkat ini ialah untuk menyusun bongkah-bongkah di setiap penjuru supaya berada di tempat yang sesuai.

Baca sampai habis kerana tips untuk langkah ini di berikan di bahagian bawah.


KES 1.


KES 2.

KAEDAH UNTUK KES SATU :

KAEDAH UNTUK KES 2 :

Pada peringkat ini, kita patut berjaya menyusun bongkah-bongkah supaya berada di posisi yang betul. Apakah yang dimaksudkan dengan POSISI YANG BETUL ?

Sila lihat gambar di bawah. Permukaan atas berwarna BIRU, muka kanan berwarna HIJAU dan muka kiri berwarna MERAH bukan? Perhatikan bongkah di penjuru tengah, sisi-sisinya berwarna HIJAU, MERAH dan BIRU. Bongkah ini dikatakan berada pada POSISI YANG BETUL apabila warna-warna bongkah tersebut sesuai dengan warna permukaan di sekelilingnya.

Untuk menjalankan langkah ini:

Mula-mula lihat setiap penjuru, kira ada berapa bongkah yang berada pada posisi yang betul.

Kalau ada satu saja bongkah yang betul; jalankanlah langkah ini, maka semua bongkah di penjuru akan berada di tempat yang betul.

Kalau ada dua bongkah yang betul; dan kedua-duanya bersebelahan, maka pusing-pusingkan supaya mendapat keadaan "satu bongkah saja yang betul."

Kalau ada dua bongkah yang betul; dan kedua-duanya saling bertentangan, jalankanlah langkah ini, kemudian pusing-pusingkan supaya mendapat keadaan satu bongkah saja yang betul. Kemudian jalankanlah langkah ini sekali lagi.

Kalau tiga bongkah betul; mustahil, cuba perhatikan baik-baik.

Kalau keempat-empat bongkah betul posisinya; abaikan langkah ini, teruskan ke langkah seterusnya.


::indeks:: 1:: 2:: 3:: 5:: 6::

Hosted by www.Geocities.ws