|
|
| MALAYSIA | PERAK | SARAWAK |
|
![]() ![]() ![]() |
Gua
Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil
sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai
1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar. Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi. Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970. Tarian ini dibawakan oleh beberapa orang remaja putri yang dalam menarikannya membawa mangkuk dari perak dimana di dalamnya diisi penuh dengan Bunga. Pada akhir pementasan, bunga yang berada di dalam mangkuk perak itu nantinya akan di taburkan oleh para penari kepada para penonton sebagai ucapan selamat datang. Oleh karena itu Tari Pendet sering disebut sebagai tari penyambutan. Rendang Tok dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, yang kemudiannya tersebar daerah di Perak.
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilinkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri. |