mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Oktober 2003

29/10/2003

Ulasan Muzik - OAG - Satelit Ink

Ketika single Akustatik berkumandang di radio dan disertakan dalam re-release Opera Radhi-O-Friendly, saya tak berminat untuk membeli. Apa gunanya membeli bila dah ada album yang hampir sama. Bila Satelit Ink keluar, barulah saya lebih membuka hati untuk membeli. Lebih-lebih lagi selepas mendengar lagu Nowwhy2. Bagi saya Nowwhy2 lebih menarik perhatian berbanding Akustatik yang lebih simple muziknya.

Sangkaan saya bahawa Satelit Ink akan terasa seperti Opera Radhi-O-Friendly meleset. Masih mengekalkan konsep yang sama, Radhi dan rakan-rakan berjaya memperbaharui idea muzik mereka. Ini menjadikan album ini lebih baik dan mantap berbanding album sebelumnya.

Walau bagaimanapun, ada kekurangan ketara apabila terdapat 9 lagu sahaja. Sesuatu yang jarang berlaku sebenarnya bagi album penuh. Jika dipecahkan lagi, ada 7 lagu baru, 1 lagu dalam re-release Opera Radhi-O-Friendly, dan 1 lagu digubah semula dan berlirik bahasa Melayu. 60's TV jadi TV 60-an. Mungkin juga ini sebabnya harga Satelit Ink dalam bentuk CD hanya RM29.90?

Apa pun, hasil Radhi dan rakan-rakan kali ini patut dipuji. 7 lagu baru dalam album ini memang memuaskan. Akustatik dan TV 60-an terasa asing berbanding lagu-lagu lain tetapi masih lagi sedap didengar. Mungkin kerana muziknya yang simple.

CD terbitan EMI kini sudah memakai teknologi Copy Controlled. Saya masih boleh memainkannya di komputer tetapi masih bergantung kepada model pemacu (driver) yang digunakan. Walaupun demikian, ia tidak mematahkan semangat saya untuk menikmati Satelit Ink. Saya menganggapnya sebagai album yang perlu dibeli tahun ini.

- Muzik - OAG - Satelit Ink

20/10/2003

Copy Controlled CD

Hari ni, aku telah membeli CD pertama aku yg ada teknologi 'copy controlled' terbitan dan edaran EMI. Aku mula2 menyedari kehadiran teknologi ini pada album terbitan EMI ketika membelek album kompilasi Butterfingers awal tahun ni, The Best Is Yet To Come.

Aku tak menjangka yg aku akan membeli album OAG - Satelit Ink secepat ini memandangkan aku sudah pasti keluaran EMI mesti pada harga biasanya sekitar RM40 tetapi setelah aku menjenguk di kedai di Temerloh, harganya cuma RM29.90. Tak tahulah sama ada kerana ada 9 lagu je, tak termasuk 2 lagu minus one tetapi ia langkah yg baik buat EMI dan patut dicontohi oleh syarikat rakaman yg lain. Walau bagaimanapun, harga CD muzik tetap akan turun bermula 1 Januari 2004 hasil usaha kerajaan menetapkan harga kawalan RM21.

Aku terkial2 cari mana album OAG terbaru tetapi hari ni baru aku tau yg aku tersilap cari. Bukankah OAG sekarang keluar album Melayu. Jadi, kenapa letak di kawasan album Inggeris? Menyusahkan aku dan pembeli je.

Buat masa ni, aku berjaya memainkan CD 'copy controlled' ni kat komputer 200MMX dan Celeron 400. Cuma Celeron 400 masa pertama kali, Windows XP hang dan adalah bengong sedikit sebanyak. Mungkin sebab CD-ROM drive atau Windows yg dipakai kot. Suprise pertama, aku cuba rip MP3 dari CD ni pakai CDex kat komputer 200MMX aku. Dapat rip tapi tak tahu sejauh mana jayanya. Oleh itu, aku akan cuba mengenali teknologi 'copy controlled' ini dgn lebih dekat dan cuba mengkaji sama ada aku boleh rip atau tidak. Satu nota penting : aku tekan butang Shift semasa memasukkan CD ke drive untuk mengelakkan AutoPlay berjalan dan install apa2 tah. Jadi, mungkin faktor ini boleh membantu aku rip. Tunggu !!!

Mentera Semerah Padi versi baru

Hari ni aku mendengar lagu Mentera Semerah Padi versi baru, nyanyian Spider dan M Nasir kat radio ERA. Walaupun terpaksa tutup radio kerana tugasan penting, dengaran pertama yg sekerat jalan ini menguatkan ramalan aku yg lagu ni utk album baru Spider sebab muziknya lebih kelabah2an.

Mesti lawat
- www.oag.com.my

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1