mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Mac-April 2003

06/04/2003

Aku akan menumpukan dari bulan April sehingga minggu pertama Mei untuk pelajaran aku memandangkan aku dah nak final exam. Jadi, inilah kemaskini terakhir buat sementara waktu di sini.

24/03/2003

Masih ingat sama Alex Yoong ?

Kemeriahan F1 di Sepang menenggelamkan terus berita Alex Yoong dapat berlumba CART di pusingan kedua yang turut bermula pada hujung minggu yg sama. Memandangkan perbezaan masa, dapatkan keputusan di www.alexyoong.com atau www.cart.com. Tak mustahil Alex hanya mampu berlumba CART setakat ini sahaja jika tiada tajaan seperti sekarang. Hakikatnya, Alex berpengalaman dalam perlumbaan bermotor tetapi tidak disokong dengan keputusan yang boleh membuat tajaan datang bergolek.

Bukan Alex seorang sahaja yg mewakili Malaysia di pentas perlumbaan bermotor di seluruh dunia. Malaysia sebenarnya mewakili di pelbagai kejohanan tetapi kurang pendedahan dalam media. Semenjak tahun lepas, aku terkial2 nak ikuti perkembangan mereka dalam Internet. Itu pun tak semua yg dapat diikuti. Kalaulah ada laman web yg mampu menyiarkan maklumat mereka, baik sebagai pelumba mahupun pasukan. Petronas Motorsports adalah contoh terbaik.

Nota kaki : Kembang hidung aku bila surat aku tersiar kat cars.my issue 13. Jangan lupa belek muka surat 12 ^_^.

23/03/2003

Another benchmark ?

Casing : i-Cute P4 420W with 1x12cm casing fan.
CPU : AMD Athlon XP 1700+
Mainboard : MSI KT4V VIA KT400 chipset
Memory : 512MB DDR 333 Kingston
HDD : 60GB Maxtor
Graphic Card : MSI Geforce 4 MX440 64MB RAM
Sound Card : onboard
FDD : Sony
CD-ROM Drive : Sony 52x
Speaker : "murah punya"
Monitor : Samsung 15"
Keyboard : Logitech OEM
Mouse : Logitech Optical Mouse OEM

Harga : RM 1,910

Semalam aku naik KL untuk membeli 1 set komputer baru untuk seorang lagi pelanggan. Dah pasang malam tadi bersama Windows XP sahaja. Casing yang agak sama dalamnya dengan pelanggan sebelum ni, cuma cover depan je lain. Tapi, ketiadaan kipas depan mungkin menyebabkan aliran udara kurang sedikit. Suhu Athlon XP boleh mencecah 50 darjah Celsius malam tadi kalau ikut software yg MSI bagi. Tak tahulah siang hari canne. Pelanggan sebelum ni punya, maksimum 45 darjah Celsius, tapi tengok kat BIOS sahaja. Apa2 pun, buat masa ni, komputer ini stabil.

Membuka otak niaga

Balik ke rumah, ayah aku dah basuh. Sudahlah kerja promosi kemahiran memasang komputer dan jadikan ia sebagai satu perniagaan. Nampak mudah tapi buat aku pening kepala adalah. Memang bagus kalau aku membuka otak niaga aku buat kali pertama dalam sejarah, tetapi aku sedar betapa aku kena mengambil untung dari pelanggan aku. Bermakna aku kena ada harga tetap dan ambil untung dari situ. Kalau aku pandai, atau lebih tepat lagi, tak amanah dengan duit orang, memang boleh sapu bersih bodoh2 je. RM 200 dalam tangan punya. Tapi otak niaga aku pun tak fikir banyak. Cuma RM 50 satu komputer. Lagi pun, mesti nakkan duit untuk menampung kos yang tidak menentu. Kalau kos menurun, lagi banyak untung. Letih tau buat kerja canni. Tak lupa juga 1 van @ 1 SUV @ 1 kereta wagon (macam Kia Rio) untuk memudahkan pengangkutan barang niaga. Akhir sekali, buat kira-kira bertaraf pelajar dan bukannya taraf akaun syarikat bagi memastikan aku sentiasa untung!

Memikirkan untuk membuka ruangan baru di mudik. Canne kalau aku buat spesifikasi komputer bawah RM 2,000 dan bawah RM 2,500 sebagai rujukan?

09/03/2003

Ulasan sudah kembali

Ahamdulillah, ulasan ruangan interest sudah kembali. Ulasan 2003 dimulakan dengan album terbaru Raihan, Gema Alam. Di samping itu, aku memperkenalkan 10 bintang di mana setiap ulasan muzik akan diberi bintang antara 1 hingga 10. Dulu aku beri markah antara 1 hingga 5. Tak tau lagi adakah 10 bintang akan turut dipakai untuk ulasan lain.

Jangan pulak aku lupa, mudik juga ada di kepompom. Aku, update la kepompom tu !!!

Link Hari Ini
- THX-Certified 5.1 Speaker Shootout di Gamespy.

01/03/2003

Local website, local content

Membaca Star In-Tech baru2 ni benar2 memberi inspirasi kepada mudik. Dua beradik kembar membina website sendiri, Hardware Extreme. Tak terfikir pulak aku kewujudan website tempatan begini. Katanya, mereka cuba menarik minat pengeluar2 computer hardware untuk mengulas barangan mereka. Jadi, adalah sambutan dari pengeluar tersebut memandangkan website ini turut dikunjungi ramai. Try2lah korek The Star kalau nak baca lebih lanjut.

Mengapa mudik tidak menggunakan cara yang sama untuk menambah lagi ulasan dalam interest? Fikirkan kalau aku menulis kepada syarikat rakaman dan pengedar berkaitan, mungkin banyak ulasan yang aku boleh buat. Bukan itu saja, mungkin juga aku dapat menyimpan CD, VCD atau DVD tersebut tanpa mengeluarkan duit pun.

Hakikatnya, mudik bukanlah website seperti Hardware Extreme yang menjadikan ulasan2 ini sebagai periuk nasi. Ia hanyalah sebagai ulasan kepada CD, VCD dan DVD yang aku beli. Walaupun aku tau, aku mungkin membuka peluang baik jika aku membina website tempatan terulung semata2 untuk mengulas barangan sedemikian, aku juga tau yang aku tidak mampu. Lihat saja ulasan aku. Adakah ia bertaraf seperti website ulasan lain atau wartawan ulasan yg selalu dibaca dalam media tempatan? Aku sendiri pun tidak terfikir begitu. Mau saja wakil syarikat rakaman dan pengedar yang berminat terus tidak berminat setelah membaca ulasan aku. Lagi pun, aku masih sibuk dengan pelajaran aku di tempat yg jarang aku berInternet.

Apa2 pun, aku berharap agar ada yg sudi mengorak langkah membina website tempatan sedemikian, lebih2 lagi dalam bahasa Melayu. Setahu aku, belum ada lagi website khusus yang mengulas CD, VCD dan DVD dalam bahasa Melayu. Fikirkan nilai website ini kepada pengunjung yang sudah tentunya macam aku, sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalam benda2 canni.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1