menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > Raihan - Gema Alam

Raihan - Gema Alam

gemaalamcover.jpg
Artis :
Raihan

Album :
Gema Alam

Tahun
: 2002

Terbitan dan Edaran :
Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

01. Mari Bersolat
02. Gema Alam
03. Cing Ai Ching Ai
04. Assubhubada
05. Perjalanan
06. Dunia
07. Tanya Ibu Dan Ayah
08. Untuk Mu Palestin
09. The Right Path
10. Mengemis Kasih

4:58
4:04
5:35
4:48
4:10
4:27
4:40
5:16
4:48
3:21

Ulasan

Album penuh kelima Raihan iaitu Gema Alam benar-benar menampilkan kelainan. Muzik dan kekuatan vokal mereka secara asasnya masih kekal seperti dulu tetapi persembahan mereka menampilkan perubahan ketara.
  Lagu pertama iaitu Mari Bersolat lebih kepada lagu mesra radio seperti Puji-pujian, Syukur dan Bismillah sebelum ini. Hanya apabila masuk ke lagu Gema Alam, perubahan persembahan Raihan jelas ketara. Ini diteruskan ke majoriti lagu-lagu lain dalam album ini. Dengarkan Assubhubada, Perjalanan, dan Dunia untuk merasai kelainan album Raihan kali ini. Dengar dan hayati kepelbagaian dari segi susunan muzik dan penggunaan vokal dalam lagu-lagunya. Di samping itu, Raihan juga menyelitkan satu lagu lama mereka sebelum Raihan dahulu iaitu Mengemis Kasih.
  Gema Alam sesuai dibariskan sebagai antara hasil terbaik Raihan selepas album Puji-pujian. Album ini sesuai dijadikan contoh bagaimana mengolah asas muzik yang dibawa sebelum ini kepada hasil yang memberi kesegaran dan kelainan daripada album sebelum ini. Tahniah buat Raihan dan warga kerja Gema Alam. Oleh itu, sesuai untuk saya nobatkan Gema Alam sebagai album nasyid terbaik tahun 2002.

4/5

Ditulis : 09/03/2003
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1