mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Mac 2004

26/03/2004

Ulasan Muzik - M Nasir - Mentera Semerah Padi

Album kompilasi M Nasir memang sudah banyak kali berada di pasaran. Maklumlah, lagu nyanyian beliau banyak. Semenjak dari zaman muda beliau, bersama Kembara, solo bersama BMG dan kini bersama Warner Music. Oleh itu, apabila album kompilasi Mentera Semerah Padi ini mendapat sentuhan M Nasir sendiri dan bukannya hanya syarikat rakaman yang melihat untung, sudah tentu ianya memberi satu kelainan.

  Kelainan pertama ialah lagu Mentera Semerah Padi digubah semula dalam versi rock oleh anak didik beliau sendiri, kumpulan Spider. Hasilnya gabungan Spider dan M Nasir cukup memuaskan. Apa pun, harus diingat bahawa lagu tersebut lebih berat kepada Spider dari M Nasir. Tak mustahil lagu ini bakal dimuatkan dalam album baru Spider nanti.

  Kelainan kedua ialah adanya lagu-lagu yang jarang diketengahkan kerana bertaburan dalam album-album lain. Hanya peminat setia sahaja yang mengetahui kewujudan lagu-lagu ini. Lagu-lagu tersebut ialah Bersama Berdua, Tinggalkan Satu Peluru, dan Senandung Sayang. Lagu Jikalau Berkasih pula sebenarnya lagu nyanyian Ramli Sarip, dinyanyikan semula oleh M Nasir untuk album penghargaan Ramli Sarip, kalau tak silap saya. Kelainan ketiga ialah lagu Apokalips dan Keroncong Untuk Ana rakaman live semasa beliau di UK. Ia mesti didengar kerana melodinya diubah sedikit dan agak menarik berbanding versi asal.

  Kelainan terakhir ialah banyaknya jumlah lagu duet beliau dengan artis yang berlainan dalam album kompilasi ini. Sesuatu yang jarang berlaku dalam album kompilasi beliau sebelum ini. Ada 6 kesemuanya. Lagu yang tidak patut ketinggalan sudah semestinya Seloka Cak Kun Cak bersama Tan Sri Dato' SM Salim. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman beliau menyanyikan lagu berentak Melayu berbanding dengan album Phoenix Bangkit yang lebih kepada unsur Timur Tengah.

  Tidak semuanya lagu-lagu popular beliau ada dalam album ini. Tiada Mustika, Bonda, Tanya Sama Itu Hud-hud dan Anak-anak Kita dalam album ini. Walau bagaimana pun, lagu-lagu ini kerap disertakan dalam album-album kompilasi sebelum ini. Mungkin kerana ini M Nasir tidak menyertakannya. Bagi saya, alangkah baik kalau album-album lama beliau dapat dipasarkan semula untuk koleksi peminat setianya seperti apa yang dilakukan oleh Search.

  Mentera Semerah Padi dipasarkan dalam bekas khas yang hampir bulat. Malangnya, walaupun nampak cantik di luarannya, secara praktikal, ia tidak meyakinkan. Bekasnya sukar untuk ditutup dan CDnya diletakkan di atas span dan ditindih. Sayang rasanya kalau-kalau tercalar CD tersebut.

  Secara keseluruhannya, album kompilasi ini adalah antara yang terbaik dari M Nasir. Kelainan yang saya perkatakan untuk album ini adalah kekuatan bagi album kompilasi ini berbanding dengan album kompilasi beliau yang lain. Mesti beli.

- Muzik - M Nasir - Mentera Semerah Padi

24/03/2004

Akhirnya habis jua

Bateri motherboard komputer Pentium 200MMX yg setia berkhidmat akhirnya habis jua. Setelah 6 tahun berkhidmat, sudah tiba masanya utk menggantikannya. Bateri motherboard ini bolehlah dilihat sebagai komponen boleh ganti motherboard yg tidak dipedulikan memandangkan jangka hayatnya yg panjang. Bateri ini penting bagi memastikan komputer kenal waktu, masa dan ketika. Tanpa bateri ini, BIOS motherboard tidak dpt menyimpan maklumat tarikh, masa dan setting BIOS yg lain. Oleh itu, setiap kali anda menekan suis komputer, anda terpaksa memasukkan data2 tersebut.

Cara menggantikannya mudah sahaja. Motherboard Pentium 200MMX ini menggunakan bateri CR 2032 3 volt. Cari saja di kedai jam dgn membawa bateri tersebut, takut kalau tersalah beli. Cara memasuk dan mengeluarkannya juga mudah. Kalau bateri AA boleh anda masukkan, takkan bateri lain tak boleh. Bateri kereta jelah kot yg tak belajar lagi. Kalau khuatir tangan anda panas, hantar saja ke kedai komputer.

Jikalau anda ada komputer usang yg masih setia berkhidmat, ingat2lah masalah yg sudah aku hadapi ini. Semangat DIY dlm diri ini masih membara.

Kurang 2 kg dalam masa 3 hari

Aku demam dalam jangka waktu 3 hari minggu lepas. Waktu2 penyembuhan pula diikuti dengan nafsu makan yg turun mendadak, menjadikan berat badanku kurang 2 kg. Lebih baik dari program penurunan berat badan yg laris sekarang ni, tapi program aku tidak sesuai utk membentuk badan yg langsing. Kalau dah buncit tu, buncit gak.

16/03/2004

Semester gila

Semester yg pendek menyebabkan semua org terkejar2. Nak habiskan silibus. Nak buat kuiz, test, assignment. Nak bagi markah. Nak buat aktiviti ko-kurikulum. Nak selesaikan urusan pentadbiran yg melibatkan pelajar. Semester selama 13 minggu belajar pula dipenuhi dgn cuti umum. Semasa aku final exam, barulah nak minta para pelajar uruskan pra-pendaftaran semester hadapan dan ambil borang bayaran utk semester hadapan. Kedua2nya tanpa notis mencukupi buat pelajar yg sedang sibuk menyiapkan diri utk final exam. Semuanya kerana UiTM hendak digunakan utk Khidmat Negara pada 15 Mac.

Sekarang, aku dah cuti. 3 bulan. Dah lama tak dpt cuti lama. mudik yg tak terjaga ni perlulah dijaga selama 3 bulan ni.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1