menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

:: home > ulasan > M Nasir - Mentera Semerah Padi

M Nasir - Mentera Semerah Padi


Artis :
M Nasir

Album :
Mentera Semerah Padi

Tahun
: 2003

Terbitan
:
Luncai Emas Sdn Bhd
& Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

 

Lagu

Disc 1
01. Mentera Semerah Padi '04 - bersama Spider
02. Bersama Berdua
03. Tinggalkan Satu Peluru
04. Senandung Sayang - bersama Aisyah
05. Apokalips (Live in UK)
06. Suatu Masa
07. Raikan Cinta
08. Srikandi Cintaku
09. Andalusia
10. Seloka Cak Kun Cak - bersama Tan Sri Dato'
      SM Salim
11. Meniti Titian Usang

Disc 2
01. Dedaun Masa
02. Dua Insan - bersama Yunizar
03. Phoenix Bangkit Dari Abu
04. Masing-masing
05. Ghazal Untuk Rabiah - bersama Jamal Abdillah
06. Keroncong Untuk Ana (Live in UK)
07. Jikalau Berkasih
08. Kias Fansuri
09. Kepadamu Kekasih - bersama Hattan &
      Jamal Abdillah
10. Nur Nilam Sari
11. Salam Dunia


4:45
5:00
4:56
4:41
6:28
4:38
5:15
5:05
5:05
4:57

5:54


3:01
3:30
5:24
4:07
5:32
4:28
4:46
5:24
6:52

4:03
4:13

Ulasan

Album kompilasi M Nasir memang sudah banyak kali berada di pasaran. Maklumlah, lagu nyanyian beliau banyak. Semenjak dari zaman muda beliau, bersama Kembara, solo bersama BMG dan kini bersama Warner Music. Oleh itu, apabila album kompilasi Mentera Semerah Padi ini mendapat sentuhan M Nasir sendiri dan bukannya hanya syarikat rakaman yang melihat untung, sudah tentu ianya memberi satu kelainan.

  Kelainan pertama ialah lagu Mentera Semerah Padi digubah semula dalam versi rock oleh anak didik beliau sendiri, kumpulan Spider. Hasilnya gabungan Spider dan M Nasir cukup memuaskan. Apa pun, harus diingat bahawa lagu tersebut lebih berat kepada Spider dari M Nasir. Tak mustahil lagu ini bakal dimuatkan dalam album baru Spider nanti.

  Kelainan kedua ialah adanya lagu-lagu yang jarang diketengahkan kerana bertaburan dalam album-album lain. Hanya peminat setia sahaja yang mengetahui kewujudan lagu-lagu ini. Lagu-lagu tersebut ialah Bersama Berdua, Tinggalkan Satu Peluru, dan Senandung Sayang. Lagu Jikalau Berkasih pula sebenarnya lagu nyanyian Ramli Sarip, dinyanyikan semula oleh M Nasir untuk album penghargaan Ramli Sarip, kalau tak silap saya. Kelainan ketiga ialah lagu Apokalips dan Keroncong Untuk Ana rakaman live semasa beliau di UK. Ia mesti didengar kerana melodinya diubah sedikit dan agak menarik berbanding versi asal.

  Kelainan terakhir ialah banyaknya jumlah lagu duet beliau dengan artis yang berlainan dalam album kompilasi ini. Sesuatu yang jarang berlaku dalam album kompilasi beliau sebelum ini. Ada 6 kesemuanya. Lagu yang tidak patut ketinggalan sudah semestinya Seloka Cak Kun Cak bersama Tan Sri Dato' SM Salim. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman beliau menyanyikan lagu berentak Melayu berbanding dengan album Phoenix Bangkit yang lebih kepada unsur Timur Tengah.

  Tidak semuanya lagu-lagu popular beliau ada dalam album ini. Tiada Mustika, Bonda, Tanya Sama Itu Hud-hud dan Anak-anak Kita dalam album ini. Walau bagaimana pun, lagu-lagu ini kerap disertakan dalam album-album kompilasi sebelum ini. Mungkin kerana ini M Nasir tidak menyertakannya. Bagi saya, alangkah baik kalau album-album lama beliau dapat dipasarkan semula untuk koleksi peminat setianya seperti apa yang dilakukan oleh Search.

  Mentera Semerah Padi dipasarkan dalam bekas khas yang hampir bulat. Malangnya, walaupun nampak cantik di luarannya, secara praktikal, ia tidak meyakinkan. Bekasnya sukar untuk ditutup dan CDnya diletakkan di atas span dan ditindih. Sayang rasanya kalau-kalau tercalar CD tersebut.

  Secara keseluruhannya, album kompilasi ini adalah antara yang terbaik dari M Nasir. Kelainan yang saya perkatakan untuk album ini adalah kekuatan bagi album kompilasi ini berbanding dengan album kompilasi beliau yang lain. Mesti beli.

Rating : 4/5

Ditulis : 26/03/2004
 

<< ulasan

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1