mudik1.gif

menuhome.gifmenuinterest.gifmenuarkib.gifmenuprofil.gifmenulinks.gifmenugebsuk.gif

 

:: home > arkib > Disember 2003

21/12/2003

CD baru berlambak2

Kat mana nak mula? OK, mula2 M Nasir. Menurut majalah Hype isu 01 Jan 04, bukan saja M Nasir jadi Hang Tuah dalam filem Puteri Gunung Ledang, tapi turut menghasilkan album runut bunyinya. Album baru juga dikatakan akan muncul Feb 2004. Tak tahulah betul ke tidak, tapi album kompilasi yang Hype katakan akan keluar Jan 2004 dahpun keluar. Musykil aku.

Pengesahan juga dari Hype bahawa M Nasir melibatkan diri dalam album Empire Garden kumpulan Search yang mungkin dipasarkan bulan depan sempena konsert. Konsert Search yang sepatutnya semalam dah dipinda ke Jan 31 2004 di Stadium Merdeka. Info dalam NST 19 Dis dan Utusan Malaysia 20 Dis.

Lagi, album Flop Poppy terbaru, Say La V, bakal memasuki pasaran. Kali ni, guna nada dering pulak untuk promosi lagu. Iklan dalam Utusan Malaysia 20 Dis.

Akhir sekali, aku terkejut bila XPDC turut keluar album baru, Unmetal II. Macam kesinambungan album Unmetal dulu agaknya. Sempat membelek semalam. Ada duet Mael & Ali untuk lagu Hentian Ini. Harga CD RM29.90.

Bagaimana nak kurangkan stok CD tak terjual?

Buatlah jualan besar2an dengan harga tersangat murah dari biasa. Kalau benar ada stok 200 juta CD di pasaran, dari tak dapat pulangan, lebih baik habiskan stok tersebut. Kerajaan pun boleh membantu dengan mengadakan pesta besar2an untuk mengurangkan stok tersebut. Kalau diikutkan, stok tersebut susah nak kurang memandangkan jumlahnya yang banyak dan kemasukan CD baru untuk memenuhi permintaan pasaran. Semoga perlaksanaan harga terkawal untuk CD dan VCD tidak tertangguh lagi dari tarikh barunya, April Fool 2004.

Beralihlah kepada DVD

DVD tidak dikawal harganya, jadi adalah lebih baik jika peserta industri menjadikan DVD sebagai media utama bagi menggantikan CD dan VCD di pasaran sekarang. Harga dan jumlah pemain DVD pun dah makin meningkat. Dengan kualiti video dan audionya yang lebih baik, sudah tentu ramai yang akan membelinya. Itu pun jika harganya berpatutan.

06/12/2003

Nak ulasan banyak2?

Kekurangan bahan ulasan, yakni DVD, VCD, dan CD ada kaitan dengan kekurangan RM, masa, usaha dan minat. Fikirkan berapa RM yang perlu aku belanjakan untuk membeli DVD sahaja. DVD The Two Towers pun RM99. DVD2 lain ada yang murah dan mahal dari tu. Kenapa tidak mengulas DVD cetak rompak? Aku mestilah jaga piawaian. Tak semestinya DVD cetak rompak sebijik disalin dari DVD asli. Jadi, kalau ulasan aku tak konsisten dengan yang asli, bukankah aku juga yang mendapat malu. mudik versi lama memang aku ulas DVD cetak rompak tapi dah padam untuk versi terkini, jadi bolehlah ke arkib untuk melihat versi lama.

VCD yang berlambak2 kat pasaran ni, faham2lah betapa aku memang tak berkemampuan nak membeli banyak2. Nak menonton pun belum tentu memandangkan citarasa membeli aku yang selalunya tidak sehaluan dengan pasaran. CD muzik pun sudah diketahui harga semasanya. Cuma menunggu 2004 apabila harga kawalan RM21 untuk artis tempatan dan RM29 artis antarabangsa membolehkan aku membeli lebih. Jangan lupa, 5 filem Melayu yang keluar dalam jangka masa yang agak rapat mungkin boleh menarik minat aku. Tunggu dan lihat ye.

Tapi, kalau difikirkan balik, ulasan aku hanyalah bertaraf amatur, jadi tak perlulah beria2, kan. Apa pun, aku akan teruskan usaha aku. mudik akan tetap hidup dengan ulasan. Aku pun dah cakap benda ni serba sedikit dari perspektif lain semasa bulan Mac 2003.

<< arkib

Copyright © 2001-2004 - Nahar ARS - Feedback greatly appreciated.

Hosted by www.Geocities.ws

1