Bagi kebanyakan pengguna internet yang menggunakan sistem
modem dialup, secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda
menggunakan web browser (contohnya) dan protokol TCP/IP ke ISP (TMNET,MAXISNET
atau JARING) dan ke internet .
Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control
Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet.

Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon
anda mungkin menggunakan servis dari Telekom, Maxis atau Time Telekom. Jenis
talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone
Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, 56kbps), digital-ISDN(Integrated
Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric
Digital Subscriber Line).
Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang
boleh dicapai ialah 56kbps. MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/
DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda
kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi
menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa
anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili
data yang anda hantar dari PC tersebut.
Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US
Robotics dan Rockwell.

Signal analogue dari modem anda akan berlayar melalui wayar copper di tiang2
telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.
Peringkat ini adalah dinamakan transmission facilities merupakan media fizikal
yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.

Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan
menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Jika anda dail
kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan
disambungkan ke TMNET.
Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi
sesebuah kawasan , menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain
bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti
call waiting, call transfer dan lain-lain.
Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan
International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi,
untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.
Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut.
Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun)
dan Nokia (Finland).

RAS
POP (Points of Presence) boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada ISP anda.
Contohnya jika anda pengguna JARING dan biasa mendapat satu login prompt dan
password. Pernah sekali saya mendapat prompt ascend% (jika tak silap saya) dan
saya membuat kesimpulan bahawa terminal server yang digunakan adalah dari brand
Ascend.
Setelah proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan
hubungan anda dengan ISP pun bermula.

Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet
, contohnya :-
Domain Name Server (DNS) -BIND, DNS Resources Directory etc.
Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www,jaring.my kepada ip address
dari sebuah database besar yang sentiasa diupdatekan.
Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my
merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya
news.jaring.my

RADIUS

Firewall
Server-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses request
dari pengguna-pengguna internet.
Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang
merekodkan penggunaan masa internet anda. Billing system bergantung kepada
equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR,MIB atau SNMP yang akan
dipungut oleh billing system atau mediation server. Beberapa komponen network
yang lain juga digunakan seperti firewall, load balancing, intrusion detection,
cache engine bagi tujuan sekuriti dan juga mencepatkan akses.

Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Kelajuan dan
kapasiti merupakan salah satu isu utama.Jika laluan kecil seperti copper wire di
tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini
bolehlah disamakan sebagai lebuhraya. Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM,
T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan
seperti fiberoptik.
Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar
laut ke negara- negara lain.

Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet
seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu
batu dari lokasi komputer anda!
Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT,
UNIX, FreeBSD dan lain-lain.