HomeIndexNext Last Previous

Protokol adalah prosedur dan peraturan untuk berkomunikasi. Jika kita ke majlis rasmi ada set peraturan yang perlu kita patuhi untuk berinteraksi dengan tetamu lain, begitu juga dengan komunikasi dalam sebuah rangkaian.




Tanpa protokol komunikasi akan menjadi satu masalah dan jika sebuah rangkaian tidak memahami prosedur teknikal yang perlu dipatuh oleh mereka, komputer akan gagal untuk berinteraksi sesama mereka.

Ada banyak jenis protokol dan setiap mereka mempunyai tugas masing-masing yang mungkin berlainan peranan di dalam 7 Lapisan OSI.
Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri dan mungkin popular dikalangan produk-produk network keluaran pengeluar tertentu. Ada juga protokol yang hanya bekerja di satu lapisan dari 7 Lapisan OSI dan ada juga pada lebih .


Bagaimana Protokol Befungsi
Jika kita perhatikan pada 7 Lapisan OSI kita boleh kenali beberapa protokol yang bertugas pada lapisan-lapisan tertentu. Contohnya Ethernet bekerja pada lapisan kedua dalam OSI iaitu pada lapisan sambungan data. Setiap lapisan mempunyai peraturan dan prosedur yang tertentu untuk dipatuhi.
Tugas tersebut mestilah berlaku dengan konsisten pada setiap lapisan komunikasi boleh bergerak dari atas ke bawah dan bawah ke atas lapisan OSI.

Tugas protokol pada komputer yang menghantar data :-
1. Data dipecah2kan kepada section yang lebih kecil yang dinamakan packet .
2.Tambahan maklumat address pada packet tersebut supaya sampai ke destinasi.
3. Menyediakan packet tersebut untuk dihantar melalui networck card dan melalui kabel.

Tugas komputer yang menerima data :-
1. Mengambil packet dari kabel laluan dan seterusnya ke network card tersebut.
2. Mengumpulkan semula packet ke buffer yang dihantar untuk dihimpunkan semula.
3. Data yang telah dihimpunkan tadi digunakan/ditukarkan oleh aplikasi /program ke bentuk yang boleh digunakan.

Hosted by www.Geocities.ws

1